Dewan Negara kini dilihat sebagai untuk kroni
kerajaan atau parti dengan pelantikan 6 pemimpin Umno sebagai senator,
kata Aziz Bari.
PETALING JAYA: Kriteria pelantikan ke dalam Dewan Negara seolah-olah
menyimpang daripada objektif digariskan Perlembagaan Persekutuan, kata
pakar undang-undang dan menegaskan ia kini mejadi tempat untuk kroni
kerajaan atau parti.
Dr Abdul Aziz Bari berkata, Dewan Negara, sebagai komponen ke-2
Parlimen, adalah untuk ahli masyarakat yang tidak boleh dipilih ke Dewan
Rakyat.
Dan ini katanya, termasuk wakil kumpulan minoriti seperti Orang Asli, pesara atau kumpulan profesional.
Tetapi Aziz menegaskan Dewan Negara kini nampaknya menjadikan ia tempat untuk kroni kerajaan atau parti.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelantikan 6 pemimpin Umno
termasuk Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun, kepada Dewan
Negara.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok berkata adalah tidak logik
dan tidak boleh diterima bagi kerajaan melantik Azwan selepas ucapan
beliau pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini didakwa bersifat
“perkauman”.
Pada 30 Nov, semasa perhimpunan itu, Azwan memberi amaran kepada kaum
Cina tentang kemungkinan tindak balas yang diterima sekiranya mereka
terus menolak Barisan Nasional.
Kok yang juga ahli Parlimen Seputeh turut menggesa kerajaan mendedahkan kriteria bagi pelantikan senator.
Aziz berkata anggota Dewan Negara sepatutnya menyemak semula Rang
Undang-Undang yang diluluskan Dewan Rakyat dan bersuara untuk kaum
minoriti.
“Tetapi senator juga dilantik menjadi ahli Kabinet. Ia tidak lagi mewakili idea kewujudannya sebagai komponen ke-2,” katanya.
Aziz berkata, tidak banyak boleh dilakukan melainkan jika terdapat
perubahan dalam kerajaan persekutuan dan pentadbiran baru untuk
menggembalikan semangat Perlembagaan.
Bekas profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa itu
juga tertanya-tanya siapa yang diwakili Azwan, melihat kepada kriteria
ditetapkan dalam Perlembagaan untuk dilantik ke Dewan Negara.
Prof Datuk Shad Faruqi daripada Fakulti Undang-Undang, UiTM dan
kolumnis akhbar, berkata senator mewakili kawasan geografi dan
kepentingan khas berbanding pengundi.
Di bawah Perkara 45, Dewan Negara terdiri daripada 44 yang dilantik dan 26 senator dilantik tidak secara langsung.
Dua puluh enam itu mewakili 13 negeri di dalam Persekutuan manakala 44 dilantik Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, di bawah Perkara 45 (2), raja melantik individu yang
“memberikan perkhidmatan awam cemerlang atau mencapai keunggulan dalam
profesion, perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau
perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan
mewakili kepentingan Orang Asli.”
No comments:
Post a Comment