Sunday, December 18, 2016

PH gabung calon profil tinggi, pemimpin tempatan tawan Johor

 | December 18, 2016
Calon berprofil tinggi akan bertanding di kerusi Parlimen, manakala pemimpin tempatan yang aktif akan bertanding untuk kerusi DUN.
Jimmy-Puah-Wee-Tsee
JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) akan menggunakan taktik gabungan calon berprofil tinggi dengan pemimpin tempatan bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Johor.
Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tsee berkata, calon berprofil tinggi itu akan bertanding di kerusi Parlimen, manakala pemimpin tempatan yang aktif pula akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kami akan panggil beberapa pemimpin pusat untuk bertanding di beberapa kawasan Parlimen dan satu kawasan yang kami kenal pasti adalah Parlimen Pasir Gudang, manakala bagi kerusi DUN pula, kami akan letak pemimpin tempatan yang benar-benar boleh menjalankan tugas mereka.

“Strategi ini penting kerana kami lihat Johor sebagai negeri utama dalam memastikan kemenangan besar Pakatan Harapan dan untuk mencapai kemenangan tersebut, kami perlu berkorban,” katanya selepas menyampaikan bantuan ‘Back to School’ di Pasaraya Sakan Seri Alam, hari ini.
Katanya, PH sentiasa mengalu-alukan mana-mana calon parti komponen pembangkang untuk tampil dan bertanding di Johor.

“Sebelum ini, Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida Kamaruddin menyatakan kesediaan meninggalkan kerusi Parlimen Ampang yang disandang bagi bertanding di mana-mana negeri, termasuk Johor sebagai usaha memenangi PRU akan datang.
“Jadi, kalau kami dapat mengumpulkan 2 atau 3 calon berprofil tinggi di Johor, saya lihat kemenangan untuk kita bukan menjadi satu masalah.

“Terdapat 7 kawasan Parlimen dalam Johor yang pembangkang kalah dengan marginal 2%, jadi dengan strategi ini, saya yakin kami akan mampu menawan 7 kawasan tersebut,” katanya.
Menurutnya, PH sudah menghantar senarai calon bakal bertanding pada PRU14 dan sedang menunggu keputusan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat.

Tujuh kawasan Parlimen itu adalah Pasir Gudang, Labis, Tebrau, Segamat, Ledang, Pulai dan Muar.
FMT

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI  insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete