Thursday, December 8, 2016

Siti Kassim tergelak laporan polis Pemuda PAS

FMT | December 7, 2016
Beliau berkata, tuduhan Pemuda PAS kononnya beliau menghasut Orang Asli dianggap tidak masuk akal kerana beliau hanya bertindak menasihati anak guamnya.
Siti-Kasim_pas_kelantan_600
PETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kassim mendakwa Pemuda PAS Kelantan berada dalam situasi terdesak bagi mempertahankan kerajaan Kelantan dan syarikat pembalak sehingga bertindak membuat laporan polis terhadapnya di seluruh negeri itu.

Beliau berkata, tuduhan Pemuda PAS kononnya beliau menghasut Orang Asli dianggap tidak masuk akal kerana beliau hanya menasihati anak guamnya.
“Saya nak gelak, nak menangis pun tak tahu dengan Pemuda PAS ini. Saya adalah peguam, kalau saya menasihati anak guam saya (Orang Asli) kerana mereka bertanya kepada saya, adakah itu dikira sebagai penghasut? Kalau begitu, semua peguam yang beri nasihat adalah penghasut?

“Saya tidak faham apa Pemuda PAS mahu. Saya rasa mereka tidak betul dan tak ada modal untuk menyerang, kerana mereka sudah terhimpit dan tidak tahu bagaimana meyakinkan rakyat terhadap mereka,” katanya kepada FMT.

Siti berkata demikian mengulas tindakan Pemuda PAS Kelantan, yang diketui Ketua Penerangan, Nazman Che Ibrahim membuat laporan polis terhadap Siti atas dakwaan menghasut sehinggga membawa kepada sekatan yang dilakukan Orang Asli kepada pembalak di Gua Musang.

“Semua tulisan dan komentarnya di dalam laman Facebook (Siti) tersebut saya lihat berbentuk fitnah, tohmahan, kejian, hasutan dan ancaman kepada kerajaan Kelantan termasuklah menghina serta merendah-rendahkan banyak penjawat awam.

“Tindakan menghasutnya sangat jelas dan ini akan menimbulkan lebih banyak ketegangan antara Orang Asli dengan kaum Melayu yang bertugas sebagai penjawat awam sepanjang krisis sekatan ini. Saya juga melihat Siti Kasim terus konsisten cuba menghasut Orang Asli supaya benci dan melawan kerajaan pusat, JAKOA, Jabatan Perhutanan, PDRM dan kerajaan negeri,” kata Nazman menerusi laporan polis tersebut.

Siti dalam masa sama mendakwa segelintir Orang Asli termasuk ketua kampung berpihak kepada kerajaan Kelantan selepas menerima “dedak” daripada pemerintah.

“Dahlah guna beberapa penghulu yang makan dedak, jadi apa yang mereka buat semua tak laku. Dia (Pemuda PAS) nak bela pembalakan di hutan Gua Musang.
“Pemuda kena sedar, parti mereka yang memberi lesen kepada pembalak, parti itu yang menghancurkan hutan dan rakyat sendiri. Jadi kenapa nak salahkan orang lain?” katanya.

1 comment:

  1. bila melibatkan perkara perundangan... lebai pas memang buta. hanya pandai ceramah kosong, bila berpijak bumi tak tau apa2.

    mulut mereka sekrang semakin umnu sebeb ikut resmi kawan mereka. tu sebb ruu tangguh 40 kali.

    umnu pun malas nk layan pas yg terhegeh2 ni. buat malu umnu aje.

    ReplyDelete