Sinar Harian
CHONGQING - CHINA. Perbuatan seorang ibu sanggup meninggalkan anaknya
di dalam lif selepas bertengkar dengan suaminya menimbulkan kemarahan
selepas video berkenaan tersebar.
Insiden tersebut dirakam oleh kamera pengawasan di blok kediaman di sini 17 Januari lalu, lapor Foto Chinanews.com.
Dalam rakaman berkenaan, ibu yang berpakaian hitam masuk ke dalam lif
di tingkat 22 pada jam 9 malam sementara seorang lagi wanita yang
berpakaian merah jambu dipercayai nenek kanak-kanak itu dilihat memaksa
bayi berkenaan duduk dalam lif itu.
Sebaik tiba di tingkat bawah, ibu berkenaan terus keluar dari lif
berkenaan membiarkan anaknya itu duduk di lantai lif tersebut
berseorangan.
Walaupun, beberapa jiran kelihatan keluar masuk lif berkenaan, namun
kanak-kanak itu dibiarkan keseorangan sehinggalah salah seorang jiran
akhirnya mengambil bayi berkenaan dan menyerahkan kepada seorang pegawai
keselamatan yang kemudiannya membuat laporan polis.
Seorang polis memberitahu wartawan CNS TV, pengawal keselamatan
berkenaan meminta bantuan pihak polis bagi mencari ibu bapa bayi
tersebut.
Polis berkata, bapa bayi itu, Liu memberitahu dia bergaduh dengan
isterinya, Chen pada malam kejadian dan menyebabkan wanita itu berang
dan mengambil keputusan meninggalkan rumah mereka.
Ibu Chen meletakkan bayi itu di dalam lif bersama ibunya namun Chen kemudian keluar dan meninggalkan bayi itu keseorangan.
Pegawai berkata, ketika kejadian, cuaca sangat sejuk dengan suhu dicatatkan hanya beberapa darjah Celsius sahaja.
Polis meminta keluarga berkenaan berbincang dan tiada tindakan dikenakan terhadap mereka.
No comments:
Post a Comment