SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui sukar untuk pembangkang menawan
kembali negeri yang pernah diterajuinya sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, usaha untuk menawan kembali Kedah akan
diperkukuh dan dilipatgandakan bagi memastikan ia kembali ke tangan
pembangkang.
"Kedah bukan lagi negeri di bawah kuasa saya. Saya akui kita kini di
pihak pembangkang, sentiasa berdepan kesukaran untuk berpolitik di
negeri itu.
"Jadi pihak lawan ini (pembangkang) tidak mudah. Kita tahu yang kita
sentiasa mempunyai kekurangan dan kelemahan berbanding dengan BN,"
katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu dipetik sebagai
berkata, Umno Kedah bekerja keras supaya negeri itu terus kekal di
bawah pimpinan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Najib mahu Kedah kekal milik BN]
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, antara kesukaran yang terpaksa
ditempuh Bersatu di negeri itu termasuklah sukar untuk mendapatkan
tempat untuk berceramah dan berkempen.
"Saya ingat semua pihak tentu akan kerja kuat untuk meyakinkan rakyat
supaya memihak kepada parti masing-masing pada pilihan raya nanti.
"BN ada kelebihan dengan memegang kerajaan sedia ada. Semua kemudahan
kerajaan disediakan bagi kemudahan BN. Kita sebagai pembangkang perlu
berusaha lebih gigih dalam menangani kelemahan yang ada. Nak cari tempat
pun tidak mudah di sini (Kedah)," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment