Sunday, January 1, 2017

Lelaki tikam, bakar anak tiri sebab minta makanan

Sinar Harian

Lelaki tikam, bakar anak tiri sebab minta makanan
Luna Michelle
MICHIGAN - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki menikam anak tirinya berusia lima tahun sehingga mati sebelum bertindak membakarnya hanya kerana kanak-kanak itu meminta makanan.

Thomas Mc Clellan dikatakan hilang pertimbangan apabila Luna Michelle enggan meninggalkan biliknya sehingga lelaki itu memberikannya makanan, Detektif Chuck Buckland memberitahu hakim.

Pelaku yang berusia 25 tahun itu mendakwa memukul gadis itu dan menikam mangsa lima kali di bahagian dada.
Dia kemudian menutup tubuh mangsa dengan selimut, mencurahkan vodka dan membakarnya dalam tab mandi.
Kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat luka tikaman dan melecur, lapor WLNS.

Jabatan Bomba Dehli Township bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan  kebakaran di pangsapuri tingkat bawah.
Ahli bomba Corey Drolett memberitahu mahkamah, dia menyangka Luna bersembunyi, sehingga dia menemui mayatnya di bawah lembaran terbakar.

Sementara itu, ibu Victoria McClellan berkata, ketika kejadian dia berada di tempat kejadian dan bertengkar dengan lelaki berkenaan pada awal pagi kejadian.

Wanita itu meyakinkan suaminya untuk menyerah diri kepada polis.
Pelaku didakwa melakukan pembubuhan, penderaan kanak-kanak. Jika didapati bersalah, tertuduh akan berdepan hukuman penjara seumur hidup

No comments:

Post a Comment