Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan
dakwaan yang dibuat oleh tiga orang saksi yang dibawa oleh Menteri Belia
dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa beliau merancang untuk
mengulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada jawatan presiden Umno pada
tahun 1998.
Ketika memberi keterangan dalam saman fitnahnya terhadap Khairy di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata dakwaan itu adalah
palsu dan rekayasa politik selepas pemecatannya pada tahun 1998.
"Tidak ada pemilihan parti (Umno) pada tahun 1998. Majlis Tertinggi
kemudiannya memutuskan tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan
timbalan presiden.
"Pada mesyuarat itu, saya menyokong usul tiada pertandingan bagi
jawatan presiden tetapi bagi jawatan lain, termasuk jawatan saya sebagai
timbalan presiden, boleh dipertandingkan.
“Kenyataan saya dilaporkan media," katanya, merujuk laporan The Star bertarikh 11 Mei 1998.
Beliau mendakwa bahawa isu dirinya mencabar Mahathir tidak pernah
tidak timbul, walaupun naib presiden ketika itu, Najib (Abdul Razak),
Muhyiddin (Yassin) dan Abdullah Ahmad Badawi mahu beliau membawa
beberapa isu mengenai Proton, Perwaja, Empangan Bakun dan lain-lain
kepada presiden parti.
"Saya diminta oleh beberapa naib presiden untuk menyampaikan kepada PM (Mahathir) pandangan (sesetengah) pemimpin dan akar umbi.
“Di sebalik semua ini, isu mencabar presiden tidak timbul," katanya.
Beliau mengulas keterangan yang dibuat oleh Datuk Lokman Adam, Datuk
Ishak Ismail (ADUN Lenggeng) dan Ali Shikh yang memberi keterangan di
mahkamah sebelum ini bahawa Datuk Ezam Mohd Noor telah memberitahu
mereka bahawa Anwar mahu menjatuhkan Mahathir.
No comments:
Post a Comment