Friday, February 24, 2017

Kepala dipenggal kerana jual mi mahal

Sinar Harian
Kepala dipenggal kerana jual mi mahal
Kejadian berdarah yang berlaku di kedai berkenaan. - Foto Shanghaiist
BEIJING - CHINA. Selepas mendakwa dikenakan caj berlebihan untuk beberapa mangkuk mi yang dimakannya, seorang pelanggan mengamuk lantas bergaduh dengan pemilik kedai mi berkenaan.

Memetik laporan Shanghaiist, kejadian yang   berlaku Sabtu lalu di Wuhan, wilayah Hubei mengakibatkan kepala pemilik kedai itu yang berusia 42, putus selepas dipenggal pelanggan berkenaan menggunakan sebilah pisau.
Pelanggan yang dikenali sebagai Hu, 22, kemudiannya membuang potongan kepala itu berdekatan dengan tempat pembuangan sampah.

Polis kemudiannya menahan Hu untuk siasatan lanjut. 
Setelah diselidiki Hu dilaporkan mempunyai sejarah penyakit mental, Hu sebelum ini pernah menghabiskan waktu selama enam bulan di rumah sakit jiwa pada 2016.

Semantara itu sepupu Hu berkata, Hu kerap melakukan perbuatan ganas, bahkan memukul ibu bapa sendiri.
Dalam pada itu, ibu Hu membuat permohonan maaf secara terbuka atas perbuatan anaknya itu.

"Saya tidak mendidik anak saya dengan baik, saya benar-benar minta maaf," kata ibu Hu kepada wartawan petik laporan media tempatan.
Pemilik kedai mi tersebut tinggal bersama anak lelakinya yang berusia 13 tahun setelah bercerai dengan isterinya lima tahun lalu, teman rapat pemilik kedai berkenaan mengenalinya sebagai seorang lelaki yang jujur

No comments:

Post a Comment