Monday, February 20, 2017

Tukang sapu jalan sisihkan gajinya untuk bantu 37 anak miskin

 
Shanghaiist Zhao Yongjiu (56) berangkat sejak pukul 04.30 dan pulang ke rumah pukul 21.00 setiap hari demi gaji sekitar  2,400 yuan  sebulan yang sebahagian disisihkannya untuk membiayai sekolah 37 anak-anak tak mampu selama 30 tahun terakhir.

BEIJING  — Seorang pekerja tukang sapu jalanan di kota Shenyang, China, membuat ramai orang terkagum  atas kebaikan hatinya.

Sebagai pembersih jalanan yang pendapatan tak seberapa, Zhao Yongjiu masih memikirkan orang lain yang lebih tak beruntung.

Setiap hari Zhao bekerja di dua lokasi. Dia meninggalkan kediamannya setiap pukul 04.30 pagi dan baru pulang rata-rata pukul 21.00.

Untuk kerja kerasnya itu, lelaki berusia 56 tahun tersebut mendapatkan penghasilan 2,400 yuan  sebulan.

Wang sebanyak itu tentunya hanya cukup untuk hidupnya sehari-hari dan tak ada yang menyalahkan Zhao jika dia menyimpan wang itu untuk dirinya sendiri.

Namun, hal yang dilakukan Zhao justru sebaliknya, dia malah menyisihkan wangnya untuk beramal.

Selama 30 tahun terakhir, secara total Zhao sudah mendermakan 170,000 yuan  untuk biaya sekolah 37 anak-anak miskin.

Untuk memastikan wangnya cukup untuk menyumbang anak-anak itu, dia menjual satu-satunya harta miliknya dan menyewa sebuah kamar seharga 600 yuan atau  

Apa motif Zhao yang bukan orang berlebih harta tetapi bersikukuh untuk membantu orang lain?

Bagi Zhao, ini adalah caranya membalas kebaikan hati orang lain yang membantu sepanjang hidupnya.

Setelah ayahnya meninggal dunia pada 1978, Zhao dan ibunya hidup susah. Mereka dapat menjalani hidup kerana kebaikan para tetangga dan teman-temannya.

Sejak itulah, Zhao bersumpah tak akan melupakan kebaikan mereka dan berjanji akan membantu siapa saja yang memerlukan.

Kisah Zhao si tukang sapu jalan ini sangat menyentuh hati ramai netizen di China.

"Jika banyak orang bersifat sepertinya, maka dunia akan jauh lebih baik," ujar seorang netizen.
 Sumber:KOMPAS.com

1 comment:

  1. Ass.. Salam kenal dan salam sejahtera bagi temen smua.. Jgn mudah prcaya dari komentar orang, jujur sye nak udah kena tipu 2kli pada orang yg tak sye kenal. Baru kali ini sye merasakan kemenangan dlam pusingan nombor 6D kedai TOTO. Bila anda nak btuh nombor 4D/6D untuk kedai SPORT TOTO, MAGNUM, KL, sila nak waps +6282346667564 / 082346667564 atas nme ABAH WIRANG..


    Salam anak rantau..
    Johor dan sekitarNy


    ReplyDelete