Thursday, March 30, 2017

Kerajaan perlu berhemah urus perbelanjaan negara

Sinar Harian
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Negara seharusnya mengambil pendekatan berhemah dalam mengurus perbelanjaan dan bukannya terus berhutang untuk mengaut keuntungan jangka pendek.
Pengarah Strategi AMK, Akmal Nasir berkata, langkah itu akan mengakibatkan bebanan hutang untuk generasi akan datang.

Katanya lagi, kegagalan BN mengambil pendekatan itu hanya akan menyebabkan rakyat menderita dan terus terbeban dengan hutang kerajaan.
"Saya meneliti ucapan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bahawa Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) direncanakan bagi memastikan generasi akan datang tidak 'mewarisi' beban peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat pada masa kini.
"Khairy juga mengesahkan tindakan kerajaan Umno BN selama ini bersifat jangka pendek dan reaktif yang dilihat gagal merealisasikan aspirasi Wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK).

"Setelah Wawasan 2020 gagal disempurnakan kerana pelbagai masalah ketirisan yang disebabkan oleh kepimpinan Umno BN yang tidak cekap, Umno BN masih berangan lagi mahu mentadbir sehingga tahun 2050," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, beban yang dicipta BN sekarang secara jelas tidak mampu diselesaikan dalam masa terdekat mahupun jangka panjang.
"Keadaan ekonomi global yang penuh ketidaktentuan dan kedudukan defisit kewangan negara yang semakin melebar saban tahun.

"Sepertimana laporan Kajian Indeks Sentimen Pelabur Manulife (Misi) pada awal 2016 lalu, mendapati 68 peratus daripada rakyat Malaysia dibebani dengan hutang, kadar tertinggi dalam kalangan lapan pasaran yang ditinjau di Asia dan lebih dua kali ganda purata serantau sebanyak 33 peratus," katanya lagi.

Beliau dalam masa sama begitu yakin generasi muda yang ada pada hari ini sudah tidak sanggup lagi menghadapi bebanan hidup di bawah pemerintahan BN.
"Mereka tidak akan teragak-agak untuk mengundi Pakatan Harapan kerana dengan hanya pada peti undi dapat menentukan nasib negara ini," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment