Sunday, March 19, 2017

Pakatan Harapan Sarawak diumum, Amanah dapat kerusi ditandingi PAS

 | March 19, 2017
ada dasarnya persetujuan yang dicapai ialah bagi PRU14, parti-parti terbabit akan bertanding di kerusi Parlimen yang mereka tandingi pada PRU13.
Chong-Chieng-Jen-6
KUCHING: DAP, PKR dan Parti Amanah Negara Sarawak mengumumkan penubuhan gabungan dikenali sebagai Pakatan Harapan Sarawak sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang menjadi jurucakap gabungan itu berkata, mereka juga telah memuktamadkan rundingan mengenai peruntukan kerusi.

Gabungan itu mungkin bertanding di kesemua 31 kerusi Parlimen, kata beliau.
Laporan Bernama menyebut pada dasarnya persetujuan yang dicapai ialah bagi PRU14, parti berkenaan akan bertanding di kerusi Parlimen yang mereka tandingi pada PRU13.
“Amanah akan mendapat kerusi yang ditandingi oleh PAS dahulu,” katanya pada satu sidang media bersama di sini hari ini.

“Mungkin akan terdapat beberapa perubahan, tapi ia tertakluk kepada persetujuan dua hala antara parti terlibat.
“Sekiranya konsensus tidak dicapai, kami akan kembali kepada aturan bahawa parti yang bertanding di sesuatu kerusi pada PRU13 akan mempertahankannya pada PRU14,” kata beliau.

Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa berkata, ketiga-tiga parti juga membentuk sebuah sekretariat dianggotai dua wakil daripada setiap parti.
Sekretariat berkenaan akan menyelaras aktiviti dan kerjasama antara parti berkenaan serta bertanggungjawab untuk merangka manifesto bersama Pakatan Harapan Sarawak untuk PRU14.

Hadir sama Pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi.
Sementara itu, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, beliau mungkin tidak menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment