Sinar Harian
23 Mac 2017
SHAH ALAM - Ahli-ahli Parlimen pembangkang mengecam serangan pengganas di luar bangunan Parlimen Britain, Westminster.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa.
"Mewakili ahli-ahli Parlimen pembangkang, saya ingin merakam ucapan
takziah kepada ahli-ahli keluarga mereka yang terbunuh dan tercedera
dalam serangan pengganas di luar Westminster semalam.
"Kami turut mengecam keras jenayah kemanusiaan ini seperti satu
percubaan menyemai ketakutan di dalam rakyat Great Britain serta
merupakan serangan ke atas salah satu institusi demokrasi berparlimen
paling tua di dunia.
"Justeru, kami berdiri bersama kerajaan dan rakyat Great Britain pada
waktu yang cukup mencabar ini " katanya dalam satu kenyataan media, hari
ini.
Dalam serangan semalam, tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan
terjejas dalam insiden serangan di luar bangunan Parlimen Britain yang
mengakibatkan kira-kira 10 cedera termasuk anggota polis.
ARTIKEL BERKAITAN: Parlimen Britain diserang: Tiada rakyat Malaysia cedera]
Jurucakap Wisma Putra memberitahu Bernama pihaknya akan terus memantau
situasi berkenaan dan memaklumkan segala perkembangan terkini jika ada.
No comments:
Post a Comment