Malaysiakini 17/3/17
Perbalahan isu berkaitan program pendidikan awal kanak-kanak PERMATA
dan isteri perdana menteri Rosmah Mansor berlarutan ke hari ketiga
berturut-turut.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama Yeo Bee Yin hari
ini terus berbalas hujah dengan pembantu Rosmah, Rizal Mansor.
Dalam kenyataan terbarunya, Yeo meminta Rizal tidak beralih daripada
isu pokok dengan menyerang kembali Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Apa kaitan Lim Guan Eng dengan isu sama ada Rosmah patut jadi penaung PERMATA atau tidak?” soalnya.
Menyentuh soal kepercayaan awam, Yeo semalam membangkitkan sama ada
tiada penjawat awam lain yang layak menggantikan Rosmah sebagai penaung
PERMATA.
Rizal dalam reaksinya balasnya menggunakan hujah hampir sama bagi mengkritik balas DAP.
Rizal membangkitkan sama ada tiada wakil rakyat DAP di Pulau Pinang
yang layak menggantikan Lim, yang berdepan pendakwaan rasuah di
mahkamah, sebagai ketua menteri.
Dalam kenyataannya hari ini, Yeo mendakwa masih tidak terdapat penerangan jelas berkaitan beberapa persoalan penting berkaitan PERMATA, iaitu:
Dalam kenyataannya hari ini, Yeo mendakwa masih tidak terdapat penerangan jelas berkaitan beberapa persoalan penting berkaitan PERMATA, iaitu:
- Kenapa PERMATA diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri apabila
Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat serta
Kementerian Pendidikan mempunyai lebih kepakaran dan pengalaman dalam
bidang pendidikan awal kanak-kanak?
- Kenapa PERMATA perlu ada penaung ketika negara-negara yang mempunyai
program pendidikan awal bertahap dunia tidak mempunyai penaung untuk
pendidikan awal kanak-kanak mereka?
- Rosmah dipilih atas dasar merit atau perkahwinan?
No comments:
Post a Comment