Friday, March 24, 2017

Plot mahu bunuh PM dibongkar

Prayuth
Prayuth
BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa Thailand kelmarin memaklumkan berjaya membongkar plot untuk membunuh Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha.

Ketua Polis, Jakthip Chaijinda berkata, penemuan bekalan senjata termasuk puluhan senapang dan bom tangan itu dibuat di  rumah pemimpin kumpulan Baju Merah, Wuthipong Kochathamakun yang telah melarikan diri sejak insiden rampasan kuasa pada 2014.

"Sembilan individu dipercayai ada kaitan rampasan senjata itu turut diberkas. Kami percaya kesemua senjata bukan diguna untuk memburu, tetapi membunuh pemimpin negara ini," katanya merujuk kepada Prayuth.

Jelasnya lagi, Wuthipong dan rangkaiannya secara terang menentang junta tentera dan kumpulan itu juga pernah meramalkan pembunuhan perdana menteri terbabit di media sosial.

Hasil siasatan awal polis mendapati kumpulan antijunta tersebut merancang serangan hendap jika pihak berkuasa meneruskan operasi menyasarkan kuil Buddha yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Thaksin Shinawatra yang merupakan abang kepada bekas Perdana Menteri, Yingluck yang digulingkan kira-kira tiga tahun lalu.

Junta tentera dalam kenyataan menunjukkan kumpulan itu cuba mewujudkan ketidakstabilan di negara tersebut. - Reuters

1 comment:

  1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih. @@_

    ReplyDelete