Saturday, March 11, 2017

Ribuan pelarian Rohingya kembali

Ribuan pelarian Rohingya kembali
Pelarian Rohingya terpaksa bersesak di kem pelarian di Teknaf berhampiran Cox's Bazar sejak Oktober lalu.
 
DHAKA - BANGLADESH. Ribuan pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di Bangladesh selepas melarikan diri daripada kekejaman di Myanmar, dilaporkan kembali ke negara terbabit kerana bimbang dengan rancangan penempatan semula Dhaka.

Kelmarin, pemimpin komuniti, Noor Hafiz memberitahu lebih 5,000 pelarian Rohingya pulang semula ke Rakhine walaupun berdepan risiko menjadi mangsa penganiayaan.

"Kira-kira 3,000 meninggalkan kem penempatan manakala lebih 2,000 keluar dari kem pelarian berasingan. Mereka tidak mahu mati dalam banjir kilat di pulau tidak berpenghuni dan belum dibangunkan di Teluk Bengal itu.
"Penduduk Islam Rohingya bimbang selepas mendengar pulau itu sering tenggelam ketika musim tengkujuh. Jadi, mereka mengambil keputusan pulang semula ke Rakhine," katanya.

Difahamkan, hampir 73,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak Oktober lalu selepas tentera kerajaan melancarkan tindakan kekerasan ke atas penduduk minoriti terbabit yang turut menyaksikan insiden rogol beramai-ramai selain perkampungan mereka dibakar.

Kebanyakan mereka terpaksa bersesak di kem pelarian Cox's Bazar yang terletak di sempadan Myanmar hingga menyebabkan Dhaka mengumumkan rancangan penempatan semula di pulau yang terdedah dengan ancaman siklon tersebut. - dawn.com
Sinar Harian

No comments:

Post a Comment