Sinar Harian
16 Mac 2017
Timbalan
Perdana Menteri Somalia, Mohamed Omer Arteh (dua dari kanan) ditemani
isteri, menziarah keluarga arwah jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd
Nor yang mati ketika dalam misi KP1M ke Somalia pada tahun 2011.
Kedatangan rombongan itu disambut oleh ayah arwah Noramfaizul, Mohd Nor
Mat Yassin (dua dari kiri) dan isteri, Naemah Abdul Majid serta
Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
(tengah). - Foto Sinar Online
SERI KEMBANGAN - "Rumah bau wangi, sejuk sahaja sejak arwah pergi,"
demikian ujar ibu kepada jurukamera Bernama TV yang terbunuh di Somalia,
Noramfaizul Mohd Nor, enam tahun lalu.
Menurut Naemah Abdul Majid, 68, selepas pemergian anaknya itu, keluarganya sering terhidu bau wangi di dalam rumah.
"Rumah ini sentiasa bau wangi. Wangi yang macam mana, saya tak tahu nak
jelaskan.. Sejak arwah pergi kira-kira enam tahun lepas, saya rasa
tenang dan sejuk saja.
"Baju-baju arwah pun masih ada dan terjaga, baunya pun masih lagi wangi," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Noramfaizul Mohd Nor yang merupakan jurukamera Bernama TV, maut akibat
terkena tembakan peluru sesat (tembakan curi) semasa membuat liputan
Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 2
September 2011.
Beliau adalah jurukamera Malaysia pertama terbunuh ketika membuat liputan di luar negara.
Menurut Naemah lagi, dia masih menyimpan sampul duit belanja yang ditinggalkan oleh arwah kepadanya.
"Noramfaizul ada tinggalkan sampul surat berisi duit belanja kepada kami seluruh keluarga sebelum ke Somalia.
"Duit dalam sampul surat itu masih saya simpan. Saya sayang nak guna duit tersebut," katanya lagi
No comments:
Post a Comment