Friday, March 17, 2017

Patuhi Perlembagaan atau letak jawatan, kata ketua pembangkang Sabah

 | March 16, 2017
Presiden STAR itu berkata, Perlembagaan Persekutuan menyatakan 40% hasil bersih dari Sabah perlu dikembalikan kepada negeri itu, tetapi ia diabaikan pemimpin BN.
JeffreyKOTA KINABALU: Pemimpin Sabah dan kerajaan persekutuan perlu meletak jawatan jika mereka enggan mematuhi peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, kata ketua pembangkang Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) itu berkata, Perkara 112C dan Bahagian IV serta V Jadual Ke-10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan 40% pendapatan bersih yang datang dari Sabah, serta duti import, eksais dan eksport petroleum dan kayu, perlu dikembalikan kepada negeri itu.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan persekutuan, Sabah dan pemimpin Barisan Nasional (BN) “mempunyai keberanian mengabaikan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan”.

“Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan duti import, eksais dan eksport yang diterima Sabah atau Sarawak tidak patut dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

“Dengan mengutip duti dan mendepositkan ia ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan kemudian menggunakannya tanpa memulangkan kepada Sabah adalah pelanggaran Perlembagaan Persekutuan dan jenayah pecah amanah secara terang-terangan.”

“Ini menunjukkan Sabah didiskriminasi kerajaan persekutuan,” kata Jeffrey dalam satu kenyataan hari ini.
Adun Bingkor itu mendakwa tindakan itu menunjukkan menteri, timbalannya serta pemimpin Sabah lain tidak mengutamakan kepentingan rakyat negeri itu.
“Menyedihkan untuk melihat pemimpin BN Sabah menjatuhkan maruah sendiri dan mengelirukan rakyat dengan mengatakan mereka tidak didiskriminasi kerajaan persekutuan demi menyokong kerajaan pusat dan memuji pemimpin mereka di Tanah Melayu.”

Beliau mengingatkan semua anggota Kabinet di peringkat pusat dan Sabah, juga ahli Parlimen serta adun BN yang mereka sudah mengangkat sumpah untuk melindungi dan menegakkan Perlembagaan Persekutuan.
Jeffrey berkata, tiada alasan kerajaan persekutuan tidak mengembalikan 40% pendapatan bersih yang diperolehi dari Sabah kepada negeri itu yang amat memerlukannya untuk pembangunan negeri.

“Di negara lain, pemimpin tidak menghormati Perlembagaan bukan sahaja meletak jawatan, malah ada yang akan membunuh diri.
“Di Malaysia, pemimpin BN tidak malu dan bermuka tembok untuk terus pegang jawatan, walaupun mereka mengabai dan tidak mematuhi Perlembagaan secara terang-terangan.

“Jika mereka ada maruah, harga diri dan integriti, kerajaan persekutuan dan Sabah serta pemimpin mereka perlu melakukan perkara yang betul dengan menghormati dan mengembalikan 40% pendapatan bersih bersama duti import, eksais dan eksport kepada Sabtu atau meletak jawatan,” kata Jeffrey.
Gagal berbuat demikian, katanya, rakyat Sabah tidak patut mengundi mereka pada pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment