Friday, April 21, 2017

Lelaki ini hampir mati apabila masukkan belut ke anusnya

 20/04/2017 
Belut.(fishsociety.co.uk)
BEIJING - Seorang lelaki asal Guangzhou, China  hampir mati setelah memasukkan seekor belut hidup melalui anusnya untuk mengubati kesukaran buang air besar yang dideritanya.

Lelaki yang hanya dikenali bernama Liu (49) itu datang ke rumah sakit di Daerah Baiyun minggu  lalu dengan keluhan sakit luar biasa di perutnya.
Doktor yang memeriksanya melihat perut Liu membengkak sehingga ukurannya jauh di atas normal. Melihat kondisi tersebut doktor memutuskan untuk membuat pembedahan ke atas Liu.

Dalam proses operasi itu, para doktor  terkejut kerana menemui seekor belut sepanjang 50 cm di dalam perut Liu.

 Belut itu menembus usus Liu dan bersarang di organ pencernaan lelaki itu sehingga nyaris membuat dia kehilangan nyawa.
Beruntung, doktor berhasil mengeluarkan hewan itu dan menyelamatkan nyawa Liu. Demikian dilaporkan harian Guangzhou Daily.

Setelah pulih, Liu mengatakan kepada doktor dia mendengar belut hidup sangat mujarab untuk mengatasi kesulitan buang air besar.
Akibat sukar buang air besar selama beberapa waktu akhirnya mencuba "resepi" itu dengan memasukkan belut melalui anusnya.
 Sumber:Kompas.com

No comments:

Post a Comment