11/04/2017
AL AHSA - Seorang pemuda 21 tahun yang menetap di Arab Saudi mengalami pengalaman yang mengejutkan dalam hidupnya.
Seperti dilansir laman Al Arabiya, pasukan doktor yang menangani
operasi terhadap pemuda asal Asia itu menemui bola lampu bersarang di
dalam rongga perut lelaki itu.
Penemuan itu didapati oleh tim doktor di sebuah rumah sakit di wilayah al-Ahsa.
Awalnya, pemuda itu dibawa ke unit kecemasan di RS Prince Saud
bin Jalawi, kerana merasakan nyeri luar biasa pada bahagian perut.
Dia pun mengalami mual, kelelahan, dan demam tinggi.
Tim doktor pun langsung melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap pesakit itu.
Mereka terkejut ketika mendapati hasil CT scan yang menggambarkan ada benda misteri di dalam perut lelaki yang sedang terbaring lemah itu.
Tak berselang lama, pesakit itu lalu dibawa ke ruang
operasi. Saat itulah seluruh pasukan perubatan yang manangani lelaki itu
terkejut melihat sebuah bola lampu bersarang di dalam perut.
Setelah sedar, pesakit itu pun mengaku pernah menelan bola lampu saat masih berusia 10 tahun.
Menariknya, lampu itu diangkat masih dalam kondisi utuh. Alat elektrik itu terawat baik, meski telah bersarang di dalam usus selama
lebih dari 10 tahun.
Sumber: KOMPAS.com
No comments:
Post a Comment