Perbalahan terbuka dan kegagalan mencapai kata putus
dalam rundingan pembahagian kerusi boleh menghakis keyakinan rakyat,
kata Saifuddin Nasution.
VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR: Selain manifesto dan dasar yang baik, Pakatan Harapan
perlu menambat keyakinan rakyat dengan tidak berbalah sesama parti
komponen, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, ia amat penting terutama ketika pembahagian kerusi menuju Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Rakyat boleh yakin jika kita boleh menguruskan perbezaan pendapat,
terutama ketika musim pembahagian kerusi,” katanya ketika berucap dalam
Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan hari ini.
Beliau menggariskan formula untuk mencapai matlamat itu, iaitu “parti
lama jangan kedekut, parti baharu jangan tamak”, disambut sorakan 268
perwakilan Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan yang hadir.
Dalam Pakatan Harapan, parti yang dianggap baharu adalah Amanah dan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) manakala PKR dan DAP sebagai
komponen yang lebih “senior”.
“Jangan bila bab kerusi kata ‘kami paling lama, paling berpengalaman
dan pemimpin kami paling lama kena tangkap, maka kami mesti dapat lebih
kerusi’.
“Parti baharu pula tidak boleh tamak, kata ‘(kerusi) ini kami punya, (kerusi) itu kami punya’. Tidak bolehlah,” katanya.
Katanya lagi, cabaran besar menanti pimpinan tertinggi Pakatan Harapan bagi mencapai pembahagian kerusi yang adil dan seimbang.
PRU-14 perlu dipanggil selewat-lewatnya 2018 iaitu tempoh berakhirnya
penggal 5 tahun pentadbiran, dan spekulasi mengatakan pilihan raya
bakal menjelang tidak lama lagi.
Setakat ini, usaha perundingan antara Pakatan Harapan – terutama PKR
dan PPBM – dengan PAS dalam soal kerjasama pilihan raya juga dilihat
sudah tidak serancak dulu.
Setiausaha Sekretatriat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdulah
kemudian menjelaskan, rundingan antara 4 parti komponen akan memberikan
peluang kepada semua parti untuk bertanding secara saksama, berdasarkan
potensi boleh menang.
“Seperti dahulu PAS berikan kerusi kepada PKR (sebagai parti baru).
Sekarang PPBM hanya ada 1 kerusi iaitu Pagoh, jadi takkanlah bertanding 1
kerusi sahaja,” katanya pada siang media selepas konvensyen.
Walaupun rundingan setakat ini hanya berlaku di peringkat Pakatan
Harapan, katanya, mereka juga melihat “gambaran lebih besar” iaitu
mewujudkan kerjasama dengan pembangkang lain untuk mengalahkan BN.
“Misalnya di Sabah dengan parti pembangkang di sana. Perlu ada
perbincangan dengan mereka. Kita juga tidak boleh tamak dengan semua
yang nak (menganggap diri) sebagai pembangkang.
“Sesiapa yang tidak ingin (menganggap diri) jadi pembangkang, itu cerita lain,” katanya sinis.
FMT
Balah2..boleh belah..kerusi adalah sumber pendapatan dan ganjaran..bukan tempat utk meberi pendapat yg membela rakyat..
ReplyDeleteBalah2..boleh belah..kerusi adalah sumber pendapatan dan ganjaran..bukan tempat utk meberi pendapat yg membela rakyat..
ReplyDelete