10/4/17
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, hari ini mendakwa individu yang menerima dana daripada 1MDB adalah bekas pemimpin kanan PAS.
Katanya, tindakan individu itu menimbulkan kemarahan bekas Mursyidul
Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana ingin menjalin
hubungan antara partinya dengan Umno.
"Beliau menjadi jambatan antara Umno dan PAS," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada Malaysiakini.
Malah, menurut Rafizi, individu berkenaan pernah ditegur oleh Nik Aziz dalam beberapa kejadian.
Walau bagaimanapun, pemimpin PKR itu masih merahsiakan identiti
individu berkenaan dan berkata, beliau akan mendedahkan butirannya
minggu ini.
Disoal mengenai sejauh mana kekukuhan bukti yang dimilikinya, Rafizi
menjawab: "Saya fikir ia akan memfokus segala-galanya dan usaha menutup
isu 1MDB. Ia akan membawa fokus semula kepada 1MDB."
Kerajaan menafikan terdapat usaha cuba menutup isu 1MDB walaupun
firma pelaburan negara itu menjadi subjek tumpuan siasatan pelbagai
negara dengan beberapa individu didakwa berhubung kes itu di Singapura.
Sementara itu, Rafizi berkata beliau perlu menunggu beberapa hari
sebelum mendedahkan maklumat lanjut kerana mahu menjelaskan isu pindaan
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) mengikut
perspektif Islam.
Beliau berkata umat Islam perlu diberitahu bahawa lebih banyak
perdebatan diperlukan berhubung isu itu berbanding apa yang digambarkan
oleh Umno.
"Selepas ini, jika saya dedahkan individu itu, rakyat akan lebih memahami," katanya.
Minggu lalu, Rafizi membuat kejutan apabila mendedahkan terdapat
individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada akaun bank
peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sehubungan itu, beliau mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengulas dakwaannya.
Dakwaan Rafizi itu dibuat pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat
Mac-April lalu selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menagguhkan
perbahasan usul Hadi untuk meminda Akta 355.
Pemimpin PAS itu menafikan dakwaan Rafizi, dan mencabarnya membuat
laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika
dirinya mempunyai bukti seperti yang didakwa.
Walau bagaimanapun, Rafizi berkata SPRM telah memiliki bukti berkenaan ketika mereka menyiasat 1MDB.
Najib juga menafikan dirinya menyalahgunakan wang rakyat untuk
kepentingan peribadi, dan mendakwa bahawa dana RM2.6 bilion dalam akaun
peribadi miliknya adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi dan
bukannya berasal daripada 1MDB.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment