Wednesday, May 17, 2017

Biar anak empat bulan lapar untuk kutip derma

Sinarn Harian
Biar anak 4 bulan lapar untuk kutip derma
Katelyn Christina Carnline
TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita ditahan selepas sanggup menipu mengatakan anaknya sakit bagi mendapatkan wang derma.

Katelyn Christina Carnline,28, didakwa membiarkan anak perempuan berusia 4 bulan kelaparan semata-mata mahu kanak-kanak itu kelihatan sakit dan mendakwa mengalami gangguan genetik jarang berlaku.

Wanita itu turut berkata, anak sulungnya juga menghidap kanser.
Polis berkata, Katelyn membuat halaman "YouCaring" dan berjaya mengumpul  $2000 (RM 8,655) didakwanya digunakan ke arah "perbelanjaan perubatan."

Dalam laman derma berkenaan, Katelyn berkata, bayinya mengalami gangguan genetik yang jarang berlaku, masalah metabolisme iaitu satu keadaan yang boleh melambatkan perkembangan kanak-kanak kerana tubuh badan gagal memproses makanan kepada tenaga.
Wanita itu akan didakwa atas tuduhan  tidak memberi makan kepada kedua anaknya, menurut laporan.

Polis berkata, wanita itu turut bertindak membotakkan kepala anaknya sulungnya dan meletakkan gambar kedua dua kanak-kanak itu dalam talian.
Laporan menyebut, Katelyn menipu doktor untuk mempercayai anaknya sakit.

Dia didakwa memberitahu doktor anaknya yang berusia 4 bulan itu mengalami sawan dan telah menjalankan pembedahan lebih daripada sekali, lapor AP.
Ketlyn didakwa mengeksploitasi dan menyebabkan kecederaan serius kepada kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment