5/5/17 Malaysiakini
Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa kemungkinan kerajaan negeri
Selangor bakal tumbang, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali disambut oleh
puluhan penyokong yang membawa pelbagai sepanduk di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini.
Antara yang hadir adalah dua orang anggota exco PAS Zaidy Abdul Talib
dan Dr Ahmad Yunus Hairi bersama timbalan speaker DUN Selangor, Shafie
Ngah, yang juga adalah timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor.
Walau
bagaimanapun, kelibat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad,
yang juga seorang anggota exco kerajaan negeri tidak kelihatan pada
majlis anjuran kelab penyokong kerajaan (BBC) negeri itu.
"Dewan Undangan Negeri belum dibubarkan, bukan?" kata Azmin yang sempat berseloroh ketika bersalaman dengan timbalan speaker.
Antara yang hadir termasuk ADUN Sekinchan Ng Suee Lim, ADUN Kota
Anggerik, Yaakob Sapari, Ahli Parlimen, Bukit Katil, Shamsul Iskandar
Mohd Akin.
Manakala wakil rakyat PAS yang hadir adalah ADUN Meru, Dr Abdul Rani
Osman, ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman, ADUN Gombak Setia, Hasbullah
Ridzwan dan ADUN Seri Sedang,Noor Hanim Ismail.
Azmin ketika bercakap kepada pemberita, menolak spekulasi Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan negeri yang diterajuinya
bakal tumbang.
Ini susulan Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah, minggu lalu,
yang bersetuju meminta Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan
tahaluf siyasi dengan PKR.
"Jelas sekali, pilihan raya umum semakin hampir, tetapi angan-angan Umno masih jauh daripada realiti.
"Umno beranggapan dengan membuli kerajaan negeri, kita akan hadapi
masalah, tetapi hari ini kerajaan Selangor begitu kuat," katanya.
Azmin
dan delegasinya pulang susulan lawatan ke Maghribi, Jordan dan Mesir
sejak 1 Mei lalu bagi menyampaikan sumbangan pendidikan Peduli Siswa
RM2.5 juta kepada pelajar Selangor di sana.
PAS minggu lalu sebulat suara meluluskan usul untuk menggesa agar Majlis Syura Ulama PAS memutuskan hubungan dengan PKR.
Parti itu kini masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri
Selangor yang diterajui PKR, dengan tiga wakilnya dilantik sebagai exco.
Langkah itu jika diluluskan Majlis Syura Ulama bakal memberi kesan terhadap kedudukan exco PAS di bawah pentadbiran Azmin.





No comments:
Post a Comment