Friday, May 26, 2017

Habuan RM448,000 buat Juara Piala FA 2017

Habuan RM448,000 buat Juara Piala FA 2017
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Tuanku Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun bergambar kenangan bersama pemain selepas mempersembahkan Piala FA di Majlis Santapan Malam sempena muncul Juara Piala FA 2017 di Dewan Santapan Istana Anak Bukit, malam tadi. - FOTO AHMAD ZAKI OSMAN.
 
PASUKAN Kedah diraikan pada Majlis Santapan Malam meraikan kejayaan muncul Juara Piala FA 2017 pada Sabtu lalu di Istana Anak Bukit, Alor Setar, malam tadi.

Peminat nombor satu Hijau Kuning, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun berkenan menyampaikan ganjaran keseluruhan sebanyak RM448,000 kepada pemain dan jurulatih yang terlibat.

Turut berangkat ke Dewan Santapan Istana Anak Bukit.Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim.
Tuanku Abdul Halim turut perkenan untuk menerima persembahan dipakaikan blazer Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan persembahan Piala FA 2017 oleh Pengurus pasukan Kedah Datuk Jeffry Low Han Chow dan ketua pasukan skuad Helang Merah, Khairul Helmi Johari.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam ucapannya mengucap tahniah kepada seluruh pasukan Kedah yang baru sahaja memenangi Piala FA buat kali ke-4 setelah berjaya memenanginya pada tahun 1996, 2007 dan 2008.

Menurutnya, sesuatu yang boleh dibanggakan dalam tempoh singkat 21 bulan apabila berjaya menjulang empat piala sejak dua tahun lalu.
"Ini merupakan kejuaraan ketiga pasukan Kedah dalam tempoh 7 bulan setelah berjaya memenangi Piala Malaysia pada bulan Oktober 2016 dan juga Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Sumbangsih) pada Januari 2017.

Juara Piala FA 2017 merupakan kejuaraan keempat sejak ditabal menjadi Johan Liga Premier pada bulan Ogos 2015," katanya.
Sinar Harian

No comments:

Post a Comment