Tuesday, May 2, 2017

Kren di limbungan runtuh, 6 terbunuh

Sinar Harian
Kren di limbungan runtuh
Enam pekerja terbunuh manakala 20 yang lain cedera selepas sebuah kren di limbungan kapal Samsung Heavy Industries runtuh semalam di Korea Selatan. - Foto Reuters
Enam pekerja terbunuh manakala 20 yang lain cedera selepas sebuah kren di limbungan kapal Samsung Heavy Industries runtuh semalam di Korea Selatan. - Foto Reuters
GEOJE - KOREA SELATAN. Enam pekerja terbunuh manakala 20 yang lain cedera selepas sebuah kren di limbungan kapal Samsung Heavy Industries runtuh semalam.

Menurut agensi berita Yonhap, kejadian tersebut adalah mengejutkan kerana kadar kemalangan di kawasan industri tersebut adalah sangat rendah sebelum ini.
Mereka yang maut dan cedera dikenalpasti sebagai subkontraktor.
Ketika kejadian, kren tersebut sedang digunakan untuk membuat pelantar minyak kepada firma Perancis, Total yang akan digunakan di padang minyak Martin Linge tidak jauh dari Norway.

"Kren berkenaan terjatuh di kawasan tempat mangsa sedang bekerja," kata jurucakap Total, Leif Harald Halvorsen.
Kata Leif, semua kerja-kerja di limbungan kapal berkenaan dihentikan untuk memudahkan siasatan.

Tambahnya, tiada pekerja dari Total terlibat dalam kekadian tersebut.
Samsung Heavy Industries merupakan pembina kapal terbesar ketiga di dunia dan terlibat dengan pelbagai projek kejuruteraan lain.

No comments:

Post a Comment