Malaysiakini 1/5/17
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin
Yassin menegaskan bahawa pemikiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang itulah sebenarnya yang bercelaru dan bukan partinya.
"Tak ada, kita (BERSATU) tak celaru. Mungkin pemikiran dia (Hadi) yang celaru agaknya," kata Muhyiddin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis
Kepimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung logo gabungan
parti pembangkang itu di Yayasan Selangor, hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu menegaskan sekali
lagi bahawa parti itu tidak akan mengadakan sebarang hubungan dengan
BERSATU.
Menurut Hadi ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Muktamar
Tahunan PAS Ke-63 di Alor Setar, ia berikutan PAS melihat BERSATU tidak
mempunyai arah ketentuan dalam aspek kepimpinan.
"Dah buat penilaian, BERSATU tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa imam.
"Sebab itu kita buat keputusan tak ada hubungan dengan BERSATU," katanya dalam sidang media .
Penegasan oleh anggota Parlimen Marang itu sekali gus dilihat
menamatkan tanda-tanya mengenai nasib kerjasama antara kedua-dua parti
terbabit.
Abdul Hadi tak faham BERSATU
Mengulas lanjut, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, Abdul Hadi tidak jelas akan situasi sebenar BERSATU.
"Bagi saya presiden PAS mungkin tak mengetahui situasi dan keadaan sebenar yang ada dalam parti BERSATU sejak ditubuhkan, di mana kita ada perlembagaan dan kita
dah jelaskan matlamat perjuang serta hala tuju kita sampai ke peringkat
akar umbi.
"Kita telah adakan gerakan seluruh negara berhubung sambutan
penubuhan BERSATU, pastinya kerana kita bersama-sama mendokong matlamat
perjuangan untuk menang PRU 14 akan datang," kata Muhyiddin.
Sementara itu mengulas kerjasama PAS dengan BERSATU, anggota parlimen
Pagoh itu berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada parti Islam itu
.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau percaya masih ada harapan hubungan kerjasama itu akan terjalin.
"Terserah kepada mereka. Kalau sudah muktamad, maka kita tak boleh
kata nak meneruskan (kerjasama) tapi saya tahulah di peringkat-peringkat
tertentu masih ada minat daripada pimpinan PAS untuk bekerjasama dengan
kita," kata Muhyiddin.
Namun, kata Muhyiddin, pihaknya akan mengambil ketetapan PAS itu
sebagai panduan bagi mereka meneruskan usaha barisan pembangkang.
Sebelum ini, keputusan mengenai hubungan PAS dan BERSATU diberi
gambaran berbeza di kalangan pemimpin PAS yang bertentangan dengan
kenyataan Hadi.
Terdahulu, Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi gambaran bahawa PAS masih berunding dengan BERSATU.
Bagaimanapun, Hadi kemudiannya memaklumkan PAS sudah membuat keputusan untuk tidak bertahaluf siyasi dengan BERSATU.
Ahli parti keluar BERSATU
Manakala mengulas tindakan 30 anggota BERSATU keluar parti, Muhyiddin berkata ia hak mereka.
"Ia merupakan perkara biasa dan saya tak nak komen apa-apa tapi apa
yang pasti ribuan menyokong kita dan kalau mereka nak keluar itu hak
mereka," kata Muhyiddin.
Seramai 30 anggota BERSATU di Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat
Bukit Besi di Dungun semalam termasuk Anggota Jawatankuasa Biro
Penerangan BERSATU Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti itu
dan kembali menyertai Umno.
Mereka mengambil keputusan itu kerana mendapati BRSATU tidak mampu
membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan Umno selama ini.
No comments:
Post a Comment