Wednesday, May 3, 2017

SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak edar rang daftar pengundi

FMT | May 3, 2017
Langkah SPR tidak menunjukkan rang daftar pemilih tambahan kepada parti politik membuka ruang kepada penipuan pada pilihan raya, kata Nurul Izzah Anwar.
VIDEO INSIDE
nurul-izzah_spr_600
PETALING JAYA: PKR hari ini membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak lagi mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun kepada parti politik, menyifatkannya penipuan dan manipulasi badan itu bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, dengan menghadkan akses kepada RDPT, ia membuka ruang kepada penipuan tanpa kerelaan pengundi pada pilihan raya akan datang.

“RDPT mengandungi senarai pemilih terkini diedarkan SPR kepada semua parti politik setiap suku tahun.
“Ia memudahkan parti-parti politik untuk menyemak senarai pemilih,” Nurul Izzah memberitahu sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
Menurutnya, langkah SPR itu akan meningkatkan keraguan rakyat terhadap kebebasan badan itu dalam menjalankan proses demokrasi di negara ini.

“Pada bulan Ramadan tahun lepas, kami mendedahkan bahawa seramai 118,775 pengundi sudah dipindahkan kawasan DUN mereka. Lebih 40,000 melibatkan pemindahan kawasan Parlimen.
“Tetapi, alamat mereka tidak berubah. Hal ini berlaku akibat apa yang disifatkan SPR sebagai ‘pembetulan’ lokaliti yang dijalankan badan yang sepatutnya ‘bebas’ dan ‘adil’ itu baru-baru ini,” kata Nurul Izzah.

Minggu lalu, Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh mengesahkan mengeluarkan arahan kepada semua pengarah pilihan raya negeri untuk tidak mengedar lagi RDPT semasa Pameran RDPT dijalankan.
Sebelum ini, SPR mengedarkan RDPT kepada parti politik bagi memaklumkan urusan semakan sedang dijalankan.

“Bagaimanapun, Mesyuarat SPR Kali Ke-773 pada 28 Mac lalu telah memutuskan agar RDPT (buku dan cakera padat) tidak lagi diedarkan kepada parti-parti politik mulai Pameran RDPT Suku Tahun Pertama Tahun 2017,” katanya.

No comments:

Post a Comment