Saturday, May 13, 2017

Thailand beri amaran kepada Facebook

Thailand beri amaran kepada Facebook
Keluarga monarki Thailand sangat dihormati warga tempatan. - Foto EPA
BANGKOK - THAILAND . Kerajaan Thailand memberi amaran kepada laman sosial, Facebook supaya memadam kandungan sensitif berkaitan keluarga monarki Thailand.

BBC melaporkan, Facebook diberi tempoh sehingga Selasa depan untuk memadam sejumlah 130 kandungan sensitif.
Sehingga kini, beribu-ribu laman web telah diharamkan di Thailand, malah pihak Google sendiri bersetuju untuk memberi kerjasama kepada kerajaan Thailand atas isu sama, tahun lepas.

Di Thailand, pihak yang didapati bersalah menggugut atau menghina kerabat diraja boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun.
Pada 2015, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun selepas memuatnaik foto anjing kesayangan Raja Bhumibol yang telah mangkat dengan niat untuk menghina.

Sementara itu, Facebook akan terus menimbang untuk mematuhi arahan mana-mana kerajaan untuk memadam kandungan sensitif dalam lamannya jika ia didapati melanggar undang-undang tempatan.
Sebelum ini, Facebook telah memadam beberapa kandungan sensitif mengenai isu tersebut, namun beberapa kandungan lain masih boleh dilayari pelayar di Thailand. Sinar Harian

No comments:

Post a Comment