Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman mahu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak mengulangi kesilapan
besar dengan melantik Tan Sri Isa Samad sebagai pemangku pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).
"Sejarah telah merakamkan bagaimana penyenaraian FGV di Bursa
Malaysia dan pelantikan Isa sebagai pengerusi Felda dan Felda Global
Ventures Holdings Bhd. (FGV) adalah suatu malapetaka yang membawa
bencana kepada kehidupan masyarakat Felda.
"Pelbagai pihak berpandangan mengenai ketidakwajaran penyenaraian FGV
di Bursa Malaysia dan membantah keras perlantikan Isa sebagai pengerusi
Felda dan FGV," katanya dalam kenyataan.
Justeru, katanya, ANAK merayu agar pelantikan Isa sebagai pemangku pengerusi SPAD ditarik balik dengan serta-merta.
"Biarlah Isa menumpukan sepenuh perhatian sebagai ahli Parlimen
Jempol, di mana pengundi dan masyarakat di sana yang rata-rata warga
Felda sangat memerlukan perhatian beliau.
"Moga perdana menteri mengambil iktibar dari krisis dan kemelut di
Felda yang telah menghakis keyakinan masyarakat Felda terhadap
kerajaan," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, pihaknya juga tidak pasti apa
istimewanya Isa yang intergriti beliau sangat dipersoalkan oleh
masyarakat Malaysia.
"Hari yang sama beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi FGV,
lantas dilantik pula sebagai (pemangku) pengerusi SPAD," tegasnya.
No comments:
Post a Comment