Saturday, June 10, 2017

DAP gesa Putrajaya gantung Isa Samad

 | June 10, 2017
Tony Pua berkata, memandangkan lembaga FGV mengambil tindakan menggantung Datuk Zakaria, langkah yang sama wajar diambil berhubung pelaburan tidak munasabah dan tidak harus wujud amalan pilih kasih.
tony-pua_isa-abdul-samad_Zakaria_600
PETALING JAYA: DAP menggesa Putrajaya menggantung Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berhubung kelulusan pelaburan-pelaburan bernilai RM850 juta yang didakwa “tidak masuk akal” susulan tindakan penggantungan membabitkan ketua pegawai eksekutif oleh Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) baru-baru ini.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, memandangkan lembaga syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia itu mengambil tindakan menggantung Datuk Zakaria Arshad, langkah yang sama wajar diambil berhubung pelaburan tidak munasabah itu dan tidak harus wujud amalan pilih kasih.
“Kerajaan mesti bertindak untuk menggantung Tan Sri Isa Samad untuk menyiasat kelulusan RM850 juta, tawaran yang tidak masuk akal,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Pua berkata, Zakaria yang digantung pada 6 Jun lalu, telah membuat dakwaan sangat serius di mana Lembaga Pengarah FGV meluluskan “tawaran tidak masuk akal” walaupun dilaporkan dibantah oleh jawatankuasa eksekutif pengurusan.

Berdasarkan kenyataan Zakaria itu, kata beliau, kelulusan lembaga FGV termasuklah pelaburan tambahan RM550 juta dalam Felda Cambridge Nanosystems Ltd yang sudah pun rugi RM117 juta sejak kebelakangan ini dan kelulusan RM300 juta untuk mengambil alih kepentingan 30% kilang krimer yang bukan merupakan sebahagian perniagaan teras Felda.

“Lebih mengejutkan, Zakaria juga mendedahkan campur tangan langsung oleh lembaga dalam FGV untuk menganugerahkan kontrak rundingan terus tanpa tender yang beliau mahu elak sejak dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif sejak setahun lalu,” kata Pua.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, Isa enggan memberi penjelasan mengenai dakwaan yang memudaratkan itu.

Katanya, berdasarkan laporan Edge Financial Daily, Isa berpendirian dakwaan Zakaria itu bukan isu dan satu-satunya perkara yang membimbangkan adalah urus niaga yang tidak teratur antara anak syarikat FGV, Delima Oil Sdn Bhd dan syarikat Afghanistan yang berpangkalan di Dubai, Safitex Trading LLC.
Zakaria, juga Presiden FGV, yang enggan melepaskan jawatannya, diarahkan bercuti pada 6 Jun lalu.

Lembaga Pengarah FGV mengeluarkan arahan kepada Zakaria untuk melepaskan 2 jawatan dipegangnya, susulan siasatan tunggakan bayaran Safitex kepada Delima Oil Products.
Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha turut dilaporkan dipaksa bercuti serta-merta berhubung siasatan tunggakan bayaran Safitex.

Pada 7 Jun lalu, Presiden Perkasa menyarankan Isa turut bercuti sementara daripada jawatan pengerusi FGV.
Datuk Ibrahim Ali berkata, cadangan itu sejajar tindakan Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria bercuti serta-merta.
Ibrahim menyifatkan isu FGV itu memalukan kerana ia membabitkan wang pemegang saham, termasuk peneroka Felda.

Dalam kenyataannya, Pua berkata, rakyat Malaysia berminat untuk mengetahui keadaan sebenar kesemua isu membabitkan FGV termasuk urus niaga tidak teratur membabitkan Delima dan Safitex Trading dan juga kelulusan pelaburan-pelaburan yang tidak masuk akal.
“Ya, rakyat Malaysia memang berminat untuk mengetahui secara terperinci keadaan sebenar perkara membabitkan hutang Safitex AS$ 11.7 juta (RM46 juta) kepada FGV.

“Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia juga sama-sama mahu mengetahui, jika pun tidak lebih, dalam mencari kebenaran di sebalik RM550 juta dan RM300 juta pelaburan dalam tawaran tidak masuk akal.”
Kata Pua, Isa secara terbuka menolak desakan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Lembaga Pengarah FGV dengan mendakwa tidak ada sebab untuk beliau berbuat demikian.

“Walau bagaimanapun, jika dakwaan tawaran tidak masuk akal adalah benar, maka sudah pasti keadaan ini akan membawa kepada peletakan jawatan serta-merta atau pemecatan.”
Kata beliau, keengganan Isa untuk menjelaskan atau menafikan status pelaburan yang meragukan itu dengan sendiri menunjukkan lembaga meluluskan tawaran tersebut.

“Atas dasar itu sahaja, sama seperti lembaga menggantung ketua pegawai eksekutif dan 4 yang lain sementara menunggu siasatan audit dalaman, kami menyeru kerajaan, yang merupakan pemegang saham mengawal FGV, untuk segera menggantung Isa sebagai pengerusi sehingga selesai siasatan,” kata beliau.
Sehubungan itu kata beliau, tidak ada sebab untuk bertindak secara pilih kasih dalam isu membabitkan Zakaria dan Isa selaku pengerusi FGV.

1 comment:

  1. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu .saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: : (((_082 313 669 888_)))atau silahkan dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau Ternyata Bener Terbukti Hasilnya terima kasih. Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI ALIH katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI ALIH saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI ALIH bagi yang berminat hubungi AKI ALIH di nomor ini: (((_082 313 669 888_)))

    KLIK BOCORAN ANGKA GAIB 2D 3D 4D 5D 6D


















































    ReplyDelete