Saturday, June 17, 2017

JKM: Rohingya berlakon cacat, jaja penderitaan raih RM1,000 sehari

 | June 16, 2017
Pegawai JKM Kuantan berkata, pihaknya menahan 8 pengemis etnik Rohingya berusia lingkungan belasan tahun hingga 40-an, termasuk bayi sepanjang Ramadan ini.
rohingyaKUANTAN: Bukan niat untuk menghina mereka, tetapi terdapat warga Rohingya yang dilihat mengambil kesempatan untuk memperoleh wang dengan menjaja penderitaan yang mereka alami di negara mereka.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan, Salihah Kamarudin berkata, ada dalam kalangan mereka yang sanggup berlakon menjadi cacat demi meraih simpati orang ramai dengan meminta sedekah.

“Kita telah beberapa kali memberi mereka amaran, selain melakukan operasi membanters kegiatan mereka hasil aduan orang ramai dan pihak berkuasa tempatan.

“Bagaimanapun, mereka tidak pernah serik kerana pendapatan mereka daripada meminta sedekah di negara ini mampu memecah RM1,000 sehari pada bulan Ramadan ini tanpa perlu bekerja keras,” katanya pada operasi membanteras pengemis dan kutu rayau di 20 lokasi bazar Ramadan sekitar sini.
Menurutnya, sepanjang Ramadan ini, pihaknya menahan 8 pengemis etnik Rohingya berusia lingkungan belasan tahun hingga 40-an, termasuk bayi.

Salihah berkata, ada juga sindiket yang menggunakan pengemis untuk meminta sedekah.
“Apabila kita memberi sedekah kepada mereka, jumlah pengemis semakin ramai, sedangkan mereka sempurna dan mampu bekerja,” katanya.
FMT

No comments:

Post a Comment