1/6/17
Kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri di Gua Musang,
diistiharkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Mat Yusoff Ab Ghani,
disahkan muflis.
Portal Berita Harian Online memetik Datuk Abdullah Ya'kub
berkata, pihaknya menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia
Cawangan Selangor pada 28 Mei lalu, memaklumkan Mat Yusoff yang juga
wakil rakyat BN di Nenggiri sejak 2013, disahkan muflis.
"Sebelum ini penasihat undang-undang Negeri Kelantan juga menerima
surat sama pada 21 Mei 2017 yang memaklumkan kebangkrapan Mat Yusoff
yang juga ADUN Nenggiri (N43).
"Mengikut Perkara 3 (1) Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri
Kelantan menyatakan seseorang itu tidak layak menjadi ADUN jika muflis
yang belum diselesaikan lagi.
"Dengan ini saya sebagai Speaker Kelantan mengisytiharkan Mat Yusoff
tidak layak menjadi ADUN akibat muflis," katanya yang dipetik portal
itu.
Abdullah juga berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada pejabat
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan pada Ahad ini bagi memaklumkan
perkara itu.
Mat Yusoff, yang mewakili Umno, menang di kerusi Nenggiri dengan
majoriti 2,805 undi pada pilihan raya umum lalu. Beliau mengalahkan
calon PKR, Mohamad Azihan Che Seman.
No comments:
Post a Comment