Tuesday, June 6, 2017

Rafizi desak Shahrir campurtangan isu penggantungan CEO FGV

 | June 6, 2017
Rafizi berkata penggantungan jawatan Zakaria oleh Isa diselubungi banyak isu yang perlu diselidik dan disiasat dengan lebih jelas.
rafizi-shahrirKUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendesak Tan Sri Shahrir Abdul Samad campurtangan dalam isu penggantungan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad.
Beliau berkata pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu meredakan keadaan.

“Berita penggantungan jawatan beliau (Zakaria) oleh Pengerusi FGV Tan Sri Isa Abdul Samad diselubungi banyak isu yang perlu diselidik dan disiasat dengan lebih jelas.
“Saya nasihatkan Shahrir campurtangan dan meredakan keadaan dengan mengekalkan Zakaria sementara isu disiasat dengan lebih lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria sebelum ini menyatakan beliau dipaksa bercuti serta merta oleh lembaga pengarah FGV. Arahan itu menyatakan beliau perlu bercuti berikutan siasatan dalaman ke atas tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV.

Zakaria bagaimanapun setakat ini tetap mempertahankan diri dan enggan berundur serta berhujah proses pembayaran dan syarat kredit yang digunapakai Delima Oil itu sudah dilaksanakan sebelum beliau menjadi CEO lagi.

Malah, Zakaria juga menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat keseluruhan operasi syarikat itu bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.

Rafizi berkata beliau sendiri mendapat maklumat terdapat salah faham di antara Isa dan Zakaria dalam isu membabitkan dana ke luar negara.
“Saya mendapat maklumat ada beberapa projek yang melibatkan suntikan dana beratus juta ringgit ke syarikat luar negara yang menjadi perbezaan pendapat di antara Isa dan Zakaria,” katanya.

Bagi Rafizi, setakat ini Zakaria berjaya memimpin FGV hingga menunjukkan sedikit peningkatan kebelakangan ini.
“Saya kurang mengeluarkan kenyataan mengenai FGV kebelakangan ini kerana mahu memantau FGV yang dilihat lebih maju di bawah kepimpinan Zakaria,” katanya.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha turut dilaporkan dipaksa bercuti serta-merta berhubung siasatan tunggakan bayaran Safitex.

Sementara itu, FGV dalam kenyataannya mengumumkan pelantikan Pengawal Kewangan Aznul Kama Azmir dari kumpulan sektor perladangan syarikat itu sebagai ketua pegawai kewangan interim

No comments:

Post a Comment