Saturday, July 15, 2017

Aceh timbang semula hukuman rotan di khalayak ramai

 | July 15, 2017
Dalam 1 laporan semalam, New York Time memetik wawancara media Indonesia dengan Naib Gabenor Aceh Nova Iriansyah, yang mengatakan Presiden Indonesia Joko Widodo ada bertemu dengan gabenor Aceh yang baharu, Irwandi Yusuf untuk melihat cara-cara memperbaiki imej wilayah itu di peringkat antarabangsa.
hudud_kelantan_rotan_600PETALING JAYA: Berita mengenai keputusan kerajaan Kelantan yang meluluskan hukuman merotan di khalayak awam mendapat perhatian akhbar New York Times yang menekankan langkah itu diambil sementara kerajaan Aceh, Indonesia pula mahu mempertimbangkan semula dasarnya.

Dalam 1 laporan semalam, New York Time memetik wawancara media Indonesia dengan Naib Gabenor Aceh Nova Iriansyah, yang mengatakan Presiden Indonesia Joko Widodo ada bertemu dengan gabenor Aceh yang baharu, Irwandi Yusuf untuk melihat cara-cara memperbaiki imej wilayah itu di peringkat antarabangsa.

Ini berikutan publisiti negatif rantau ini dan Indonesia terima susulan hukuman merotan yang dikenakan ke atas 2 lelaki gay muda kerana melakukan hubungan seks. Berita itu mendapat liputan luas media antarabangsa.

Menurut laporan itu, gabenor kini sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan hukuman itu secara tertutup demi mengelakkan laporan negatif media dan menghindari sebarang kesan buruk terhadap pelaburan luar.
“Kami akan mengurangkan liputan akhbar dan menjalankannya di dalam penjara. Sekarang ini di hadapan masjid, selepas solat Jumaat.

“Saya fikir kerajaan peringkat nasional adalah betul di mana kami perlu melakukan sesuatu,” kata Nova dipetik New York Times.
Pejabat Gabenor juga baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berikutan pertemuan dengan Jokowi, presiden Indonesia yang lebih terkenal.

Pejabat Gabenor menyatakan perbincangan tentang mengakhiri hukuman merotan di tempat awam hanya bersifat sementara keputusan mengenai perkara itu masih memerlukan persetujuan ulama Muslim dan badan perundangan Aceh.
Irwandi yang pernah menjadi gabenor Aceh sebelum ini, dari 2007 hingga 2012, dan terkenal dengan pendiriannya lebih progresif, yang bertentangan dengan pemimpin agama yang keras.

Menurut New York Times, beliau enggan menandatangani undang-undang syariah yang mewajibkan para pezina direjam dengan batu sampai mati. Ini telah mengakibatkan jabatan shariah Aceh mengkaji semula kod jenayah dan menghantar kepada parlimen Indonesia versi baru tanpa peruntukan mengenai hukuman merejam dengan batu.

Aceh masih menjadi salah 1 wilayah termiskin di Indonesia. Secara perbandingan ia menerima pelaburan yang sedikit daripada konglomerat Indonesia yang berpusat di Jakarta.
Pada 23 Mei lalu, 2 lelaki Indonesia telah disebat di hadapan orang ramai kerana kesalahan seks gay, yang pertama di negara majoriti Muslim di mana terdapat kecaman terhadap masyarakat LGBT.

Pasangan itu menerima 83 sebatan masing-masing setelah didapati bersalah melanggar peraturan syariah di wilayah Aceh yang konservatif, satu-satunya bahagian Indonesia yang melaksanakan hukum Islam.

Kedua-dua lelaki berusia 20 dan 23 tahun itu dibawa ke pentas di luar sebuah masjid di hadapan ribuan orang yang mengejek dan berteriak dengan kuat.
Laporan AFP menyebut, sebelum hukuman merotan, Abdul Gani Isa, ahli majlis ulama Aceh memberitahu orang ramai yang hukuman itu “merupakan pengajaran kepada orang ramai.”

Kembali ke Malaysia, akhbar New York Times melaporkan bagaimana pindaan ke atas enakmen undang-undang syariah di Kelantan dikecam oleh NGO, antara Islam, antara lain Sisters in Islam (SiS).

“Undang-undang baharu ini sebahagian daripada usaha nasional yang lebih luas oleh kumpulan konservatif untuk mengubah kod undang-undang Malaysia.
“Terdapat pergerakan fundamentalis besar yang mahu mengubah undang-undang, bukan hanya di peringkat perundangan negeri, tetapi juga di peringkat persekutuan,” kata pegawai komunikasi SiS, Alia Affendy kepada New York Times.

Rabu lalu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
Pindaan dicadangkan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU itu merupakan sebahagian daripada persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (yang dibentangkan) jika ia diluluskan di Parlimen kelak.

No comments:

Post a Comment