Malaysiakini 22/7/17
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan parti itu akan
mengadakan pemilihan baru untuk jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) bagi
mengelak parti itu digantung.
Ini ekoran kenyataan setiausaha penganjur kebangsaannya, Anthony Loke
semalam yang berkata DAP bersedia mematuhi permintaan Pendaftar
Pertubuhan (ROS) itu, "di bawah protes".
"BN menyerang kita dengan berkata bahawa kami takut adakan pemilihan semula.
"Tetapi kami akan adakan pemilihan semula. Kita yakin walaupun dengan senarai perwakilan 2012," China Press memetik Lim sebagai berkata di majlis makan malam pengumpulan dana malam tadi.
Menurut laporan itu, beliau berkata bahawa parti itu akan menyaman ROS berhubung tindakannya itu.
Ketika dihubungi kemudiannya, Loke mengulangi bahawa ROS mesti
terlebih dahulu memutuskan butirannya sebelum parti itu mengadakan
pemilihan semula.
"Kita perlu mendapatkan jawapan mereka. Mereka mesti meluluskan senarai nama perwakilan.
"Kami tidak boleh mengumumkan (tarikh) pemilihan semula kerana mereka
telah menetapkan prasyarat mengenai pengesahan senarai tersebut.
"Sekarang bola di gelanggang ROS. Itulah sebabnya kita mahu
mengadakan pertemuan dengan ROS untuk menjelaskan butiran tersebut,
"katanya kepada Malaysiakini
No comments:
Post a Comment