Sunday, July 23, 2017

Dr M tidak tolak kemungkinan bertanding di Pekan

FMT 

 

| July 22, 2017

Beliau bagaimanapun harus pastikan kerusi yang perlu ditandinginya itu boleh dimenangi.
mahathir-undiPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya perlu.

Pengerusi Pakatan Harapan itu bagaimanapun menegaskan beliau harus pastikan kerusi yang perlu ditandingi itu boleh dimenangi.
Beliau tidak menolak bertanding di kerusi Parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Pekan.

“Kalau saya perlu bertanding, saya perlu cari kerusi yang saya boleh menang, tetapi saya tak pasti yang mana satu ketika ini.
“Ramai orang tak suka saya. Kalau tiada calon lain, saya akan bertanding lah…di Pekan atau tempat lain. Tetapi mesti boleh menang.
“Saya mahu bertanding untuk menang, bukan untuk kalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Ahli politik berusia 92 tahun itu berkata beliau ingin “menyumbang” dalam kerajaan PH, sekiranya mereka berjaya memenangi Putrajaya pada pilihan raya umum nanti.
Ini kerana beliau mempunyai beberapa idea tertentu, terutamanya mengenai pengurusan kewangan negara, tambah bekas perdana menteri itu.

“Saya ingin bentangkan kepada kerajaan baharu, dan tengok sama ada berfungsi atau tidak.”
Najib terpilih di kerusi Pekan pada 1976, pada umur semuda 23 tahun. Sebelum itu, kerusi dipegang bapanya yang juga perdana menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein.

Walaupun berdepan cabaran pembangkang, Najib sentiasa mengatasi pencabarnya. Pada pilihan raya umum lalu, beliau menewaskan calon PKR Mohd Fariz Musa dengan majoriti 35,613 undi.
Ahli majlis tertinggi PPBM Anina Saadudin dan bekas senator Ezam Mohd Nor pernah menyatakan hasrat mencabar Najib di Pekan

No comments:

Post a Comment