Salleh Said Keruak berkata, panel penilai RTM
mengambil keputusan menarik balik kelulusan penyiaran lagu berbahasa
Sepanyol itu selepas menerima aduan orang ramai.
PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan segera
penyiaran lagu popular yang mengandungi lirik berunsur lucah, Despacito,
di semua stesen radio dan saluran televisyennya, kata menteri
komunikasi dan multimedia.
Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, panel penilai RTM mengambil
keputusan menarik balik kelulusan penyiaran lagu berbahasa Sepanyol itu
selepas menerima aduan orang ramai.
“Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di
semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta,” katanya hari
ini.
No comments:
Post a Comment