(Ubah saiz teks)
"PUNYALAH payah yang tuntut wang nak dituntut. Hari
pertama pergi jam 10 pagi, nombor giliran dah habis. Hari kedua pula
beratur lama. Kaunter ada satu saja, tak efisien langsung!"
Demikian luah seorang rakan, Alias Ghani selepas ketika bertemunya di Bandar Sri Permaisuri, kelmarin.
Alias memberitahu, dia teruja untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut
(WTD) apabila tular di media sosial mengenai seorang wanita yang
mendakwa mendapat RM14,000 selepas membuat semakan WTD miliknya.
"Walaupun tidak sebanyak mana, boleh juga tampung untuk belanja dapur
dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak kini," katanya yang bekerja
sebagai pemandu peribadi.
Ada yang sanggup menunggu awal pagi untuk membuat semakan tersebut.
Memang seronok bila dapat WTD dalam jumlah yang kita sendiri tidak
sangka.
"Tetapi untuk membuat semakan, kita terpaksa mempunyai semangat waja
untuk beratur panjang dan berhadapan dengan prosedur lain," kata Alias.
Orang ramai yang berjaya mendapatkan angka giliran perlu beratur
terlebih dahulu dan mengisi nama serta nombor kad pengenalan
masing-masing sebelum mendapatkan nombor giliran bagi membuat semakan.
Setelah selesai kesemua prosedur tersebut, barulah mereka diberikan nombor giliran untuk membuat semakan secara berperingkat.
Tiada bayaran atau caj perkhidmatan dikenakan.
Namun, rata-rata pengguna yang membuat semakan pulang hampa apabila
hasil semakan tidak menemui sebarang baki wang walaupun telah lama
beratur menunggu giliran.
Sebuah akhbar pernah melaporkan, berdasarkan tinjauan dan pengalaman
wartawan menyaksikan pelbagai reaksi apabila lebih ramai yang hampa
kerana durian runtuh diharapkan tidak menjadi kenyataan, berbanding
mereka yang tersenyum kerana mendapat rezeki terpijak.
Penulis sendiri tidak pernah membuat semakan sama ada mempunyai wang
tidak dituntut atau tidak, yang kini disimpan oleh Jabatan Akauntan
Negara.
Seorang rakan, Ibrahim Darman memberitahu, dia telah dua kali cuba
membuat semakan di kaunter Jabatan Akauntan Negara di Affin Bank Shah
Alam, namun gagal kerana nombor giliran telah habis.
"Mula-mula pergi jam 10 pagi, angka giliran dah habis. Pergi jam 9 pagi
pun dah tak ada. Akhirnya langsung malas nak buat semakan," katanya.
Katanya, Jabatan Akauntan Negara perlu mempertingkatkan lagi sistem
semakan ini dengan membolehkan orang ramai menyemak secara dalam talian
(online) bagi memudahkan mereka.
"Ini telah dilakukan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang
mengaktifkan dalam talian mereka sehingga 24 jam," katanya.
Dengan cara itu, orang ramai tidak perlu membuang masa beratur panjang,
melainkan urusan pengeluaran wang atau lain-lain urusan berkaitan
sahaja dibuat di kaunter.
Malah ada juga yang mengadu laman web Jabatan Akauntan Negara tidak
membantu untuk mendapatkan informasi mengenai WTD kerana semua maklumat
dicampur aduk.
Sekarang kita berada pada zaman teknologi maklumat, dengan semua urusan
di hujung jari, jadi sepatutnya Jabatan Akaun Negara menggunakan
teknologi ini untuk urusan semakan.
"Hotline juga susah nak masuk. Rasanya macam tak ada orang nak jawab panggilan. Memang tipikal kerajaan.
"Bukankah senang kalau ada aplikasi yang boleh membuat semakan melalui aplikasi telefon," kata Ibrahim.
Bagaimanapun Jabatan Akauntan Negara Malaysia menjelaskan mereka dalam
proses bagi membangunkan portal semakan dan permohonan secara dalam
talian itu.
Menurut Jabatan Akauntan Negara, sistem itu dijangka beroperasi tahun depan.
“Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang
mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah
beratur di kaunter," kata kenyataan itu.
Namun dalam keadaan masyarakat sedang teruja untuk mengetahui jumlah
WTD mereka, tempoh untuk menaik taraf portal sehingga tahun depan
dianggap terlalu lama.
Berita baik adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi
jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat
semakan serentak pada satu masa.
Bersabar, duit itu takkan ke mana!
ReplyDeleteAssalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan Mbah Suro yg telah membantu dia menjadi sukses. dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini. dan ini semua berkat bantuan Mbah Suro,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang. dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada Mbah Suro atas bantuan nomer togel Nya.
Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi Mbah Suro di hendpone (+6282354640471) & ( 082354640471) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...