Saksi ke-6 RCI berkata beliau sebagai peniaga mata wang asing hanya dibenarkan melakukan transaksi tidak melebihi AS$30 juta.
PUTRAJAYA: Seorang peniaga mata wang asing berkata pengurusan Bank
Negara Malaysia (BNM) pernah mengarahkan beliau melakukan transaksi
mencecah AS$800 juta (RM2.5 bilion) sehari.
Fizaman Noor Mohamed Nasir berkata transaksi pada jumlah sebegitu
besar hanya boleh dilakukan atas arahan pengarah jabatan, Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop.
“Seingat saya, nilai urusniaga tertinggi ‘management position’ yang
pernah saya lakukan dalam satu hari mencecah nilai AS$800 juta. Arahan
itu hanya boleh diberikan pihak pengurusan.
“Setiap transaksi pelaburan dilakukan akan mendapat arahan dari Nor
Mohamed, bukan memandai-mandai,” katanya kepada panel Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI), yang bersidang di Istana Kehakiman, Putrajaya
untuk menyiasat kerugian yang ditanggung BNM akibat dagangan mata wang
asing pada 1990-an.
Saksi ke-6 itu menjelaskan beliau sebagai peniaga mata wang asing
hanya dibenarkan melakukan transaksi tidak melebihi AS$30 juta.
“Saya sebagai ‘dealer position’ tidak pernah lakukan urusniaga mata
wang asing melebihi maksimum yang dibenarkan kepada saya, sebagai
ditetapkan.
FMT
No comments:
Post a Comment