Jurucakap SPRM di Putrajaya tidak tahu kenapa Phee Boon Poh dipanggil semula.
GEORGE
TOWN: Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh hari ini kembali ke pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat
berkenaan kilang pemprosesan penapis karbon di Bukit Mertajam.
Phee ditemani peguamnya, Ramkarpal Singh tiba di ibu pejabat SPRM jam 9.45 pagi tadi. Turut kelihatan ialah anak perempuan Phee.
Jurucakap SPRM di Putrajaya ketika dihubungi berkata, mereka tidak
tahu kenapa Phee dipanggil semula dan akan bertanya mengenainya.
Pada 11 Ogos lalu, Phee, 66, disoal siasat SPRM kerana didakwa
menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk menerima rasuah di bawah
Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Adun Sungai Puyu itu dan 2 lelaki lain ditangkap pada hari sama.
Dua lelaki itu ialah bapa berusia 70 tahun dan anaknya berusia 37
tahun yang merupakan pemilik kilang pemprosesan penapis karbon yang
dikatakan beroperasi secara haram lebih 10 tahun.
Kilang haram di Sungai Lembu itu diserbu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang 2 minggu lalu kerana menyebabkan pencemaran.
Ketiga-tiga mereka direman 5 hari, tetapi perintah itu dibatalkan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkannya tidak sah.
Bagaimanapun, SPRM masih menyimpan kad pengenalan Phee dan tidak membalas panggilan peguam Phee untuk mengembalikan dokumen itu
FMT
No comments:
Post a Comment