Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Indonesia, H
Syafrizal Bakhtiar berkata, video ulangan menunjukkan tekong mereka
melakukan kesalahan dengan mengangkat kaki kiri sewaktu melakukan
servis.
KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Indonesia (PSI) mengakui skuad
sepak takraw wanita negara itu melakukan kesilapan besar dengan
meninggalkan gelanggang semasa perlawanan menentang Malaysia, semalam.
Timbalan Presiden PSI, H Syafrizal Bakhtiar berkata, tindakan
jurulatih serta pemain itu kerana terlalu beremosi dan kecewa terhadap
pengadil.
“Namun, setelah meneliti dan melihat semula data dan video ulangan,
ternyata tekong kami mengangkat kaki sewaktu melakukan servis dan ia
adalah satu kesalahan.
“Ketika itu, jurulatih, pemain dan barisan pengurusan kami hanya
melihat dari mata kasar dan kami telah melakukan kesilapan,” katanya
kepada Bernama hari ini.
Menurut Syafrizal, beliau yang bertindak sebagai pengurus pasukan
semalam cuba memujuk jurulatihnya tidak meninggalkan gelanggang, namun
disebabkan perlawanan yang “panas”, hal kecil pun boleh menjadi besar.
FMT
No comments:
Post a Comment