Watak kartun Spongebob dan Patrick turut menjadi bahan untuk melahirkan rasa tidak puas hati netizen kepada Malaysia.
PETALING JAYA: Jalur Gemilang Malaysia menjadi “mangsa” ejekan warga
Internet Indonesia selepas kejadian bendera mereka dicetak terbalik
dalam buku cenderahati Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Suara.com melaporkan warga Internet negara jiran itu melahirkan rasa
tidak puas hati dengan memuat naik petikan bergambar watak kartun dan
Jalur Gemilang secara terbalik.
Salah satu dialog bergambar memaparkan watak kartun Spongebob
Squarepant dan sahabat baiknya, Patrick Star bertekak mengenai kejadian
bendera terbalik itu.
Dalam dialog kedua-dua watak itu, Patrick yang memegang watak
Malaysia menuduh Spongebob (Indonesia) terlalu banyak cakap, lalu
Spongebob mempertahankan dirinya dan menggelar Malaysia “nyet” (monyet).
Bendera silap cetak, ada kemungkinan sebagai daleh bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat Malaysia menghadapi pilihanraya - agar ada yang tercetus semangat patriotic dan letak sebelah fokas menghadapi pilihanraya.Kenapa tak dipilih bendera Laos umpamanya ?Ini mungkin kerana elemen nak mencetuskan perasaan mengarah insiden insiden yang tak diingini.
ReplyDelete