Sunday, August 6, 2017

Kit Siang puji Muhyiddin ‘teramat jujur ​​dan teramat berprinsip’

 | August 6, 2017
Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, pengundi di kawasan Pagoh di mana Muhyiddin merupakan ahli Parlimen dan kawasan-kawasan luar bandar yang lain di seluruh negara harus mencontohi prinsip presiden PPBM itu.
kit-siang-muhyiddinPETALING JAYA: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memuji bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang yang “teramat jujur dan teramat berprinsip” dalam menyuarakan pendirian mengenai isu 1MDB sebelum beliau dipecat 2 tahun lalu.

Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, para pengundi di kawasan Pagoh di mana Muhyiddin merupakan ahli Parlimen dan kawasan-kawasan luar bandar yang lain di seluruh negara harus mencontohi prinsip presiden PPBM dan timbalan presiden Pakatan Harapan (PH) itu.

“Muhyiddin tidak dipecat kerana kesalahan rasuah, jenayah, salah atau kesilapan tetapi kerana beliau teramat jujur dan teramat berprinsip dalam bercakap mengenai kebenaran untuk menyelamatkan Johor dan Malaysia daripada kleptokrasi global,” kata Kit Siang.

Katanya: “Muhyiddin tidak bersedia untuk menutup mata dia, menutup telinga dia dan menutup mulut dia dalam soal skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara, skandal wang 1MDB bernilai berbilion dolar, yang menjadikan Malaysia menjadi kleptokrasi global.”

Kit Siang yang merupakan ketua parlimen DAP berkata demikian dalam kenyataan dikeluarkan hari ini berdasarkan ucapannya pada majlis makan malam yang diadakan di cawangan DAP Grisek di Johor malam tadi

No comments:

Post a Comment