Sunday, August 6, 2017

Mahkamah dengar kes Hadi saman Editor Sarawak Report

 | August 5, 2017
Mahkamah Tinggi London juga mahu Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown membuat pembelaan awal dalam tempoh 21 hari berhubung saman dibawa Presiden PAS April lalu.
Samsuri-Mokhtar-Hadi-Clare2PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi London yang bersidang untuk pendengaran prosiding pengurusan kes minggu lalu mengarahkan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown membuat pembelaan awal dalam tempoh 21 hari berhubung saman dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari in, Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mahkamah pada 2 Ogos lalu mengarahkan Brown membuat pembelaan beliau dalam tempoh 21 hari supaya kes itu dapat diteruskan.
“Dan, beliau (Brown) tidak lagi berlarutan untuk berdolak dalih. Permohonan rayuan Brown terhadap keputusan ini juga telah tidak dbenarkan oleh mahkamah,” kata beliau.

Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai sangat positif dalam proses Hadi untuk membersihkan namanya terhadap tuduhan fitnah melampau oleh Brown dan artikelnya dalam Sarawak Report.
Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April lalu.

Ia susulan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos tahun lalu yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.

Sebelum ini Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS menuntut ganti rugi “besar”, tetapi enggan mendedahkan jumlahnya.

No comments:

Post a Comment