Monday, August 21, 2017

Panel RCI pelik kerugian BNM ‘senyap’

 | August 21, 2017
Bagaimana kerugian itu tidak dicatatkan dalam laporan BNM, soal pengerusi panel RCI.
Mohd-Sidek-Hassan_rci_600PUTRAJAYA: Hari pertama Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 1990 menyaksikan pengerusi panel meluahkan rasa pelik bagaimana kerugian itu tidak dicatatkan dalam laporan bank pusat itu.
Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata pihaknya mendapati sememangnya wujud kehilangan jumlah wang yang besar.

“Namun ia dihilangkan dalam laporan BNM. Kita harus kenal pasti siapa yang meminta agar ia disembunyikan. Sedikit pelik, apabila semua pihak tidak tahu mengenai perkara ini.

“Bahkan, tidak ada sesiapa ambil sebarang tindakan atau membuka sebarang siasatan. Adakah mereka tutup mata dalam hal ini,” katanya dalam kamar mahkamah di Istana Kehakiman hari ini.
Suruhanjaya berkenaan ditubuhkan pada bulan lalu bagi menyiasat kerugian bank pusat sebanyak AS$10 bilion dalam urus niaga perdagangan mata wang sekitar 1990-an.

Selain Sidek, RCI itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan dan Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon.

Turut terlibat Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
Sementara itu, Tajuddin selepas mendengar keterangan bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid, pegawai BNM Abdul Aziz Abdul Manaf dan Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, menyatakan mahu mengetahui perkara ini lebih mendalam.

“Berdasarkan keterangan saksi, banyak yang tidak mengetahui perkara ini secara mendalam. Bahkan, isu ini disimpan terlalu lama,” katanya.
Choo Boon pula mempersoalkan bagaimana perkara ini boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama sedangkan BNM sendiri mempunyai pelbagai jabatan termasuk jabatan akaun.

Sebelum ini, Pakatan Harapan, walaupun mengalu-alukan RCI itu, mempersoalkan motif di sebalik penubuhannya ketika Tun Dr Mahahir Mohamad yang merupakan perdana menteri ketiksa skandal itu kini berada di sebelah pembangkang.

Sementara Ketua Umum PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara, adalah menteri kewangan pada 1991 hingga 1998, ketika skandal kerugian itu berlaku
FMT

No comments:

Post a Comment