Wednesday, August 30, 2017

Pas telah mengundur 27 tahun kebelakang

Suhaizan Kayat
Suhaizan Kayat
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pas diibaratkan habis madu sepah dibuang setelah digunakan oleh Umno/BN dalam strategi mereka memenangi PRU14.
Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat mendakwa Pas telah mengundur 27 tahun kebelakang.

Tujuan Umno berbaik dengan Pas adalah untuk memecahkan Pas dan putuskan hubungannya dengan barisan pembangkang.
"Sekarang, Pas sudah tiada nilai disisi Umno, fokus parti itu adalah untuk memperkukuhkan BN dan memenangi PRU14," katanya menerusi laman Facebook miliknya.

Terdahulu, Pas didakwa menjadi punca parti-parti pembangkang berpecah sehingga mewujudkan pertembungan banyak penjuru pada PRU akan datang.
Bermula selepas Pakatan Harapan dibubarkan, Pas mengadakan hubungan baik dengan Umno dan kini membina Blok Ketiga.

3 comments:

  1. Miss tercapai,boleh tutup kedai

    ReplyDelete
  2. Misi tercapai,boleh tutup kedai,pukulan berat untuk gerakan islam setelah kekalahan ikhwan muslimin tiada seorang pun ulamak pas menganalisa kekalahan ikhwan,kemampuan ilmiah ulamak pas amat diragui

    ReplyDelete
  3. Gerakan islam hanya satu di malaysia ni iaitu pas.. pan hanyalah gerakan barua.. dulu fitnah UG tapi kini dah malu kerana tak jadi kenyataan..

    ReplyDelete