Saturday, August 19, 2017

Pegawai polis Bukit Aman maut ditembak di Jitra

 | August 19, 2017
Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, maut di tempat kejadian selepas terkena 4 daripada 6 tembakan yang dilepaskan ke arahnya.
Asri-Yusoff-polis-tembakALOR SETAR: Seorang pegawai rendah polis maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Changlun, Jitra semalam.
Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, maut di tempat kejadian selepas terkena 4 daripada 6 tembakan yang dilepaskan ke arahnya, kata Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff.

Beliau berkata dalam kejadian 10.25 malam itu, mangsa sedang berbual di pekarangan rumah rakannya sebelum datang seorang lelaki yang bertindak melepaskan 6 das tembakan dari luar pagar.
“Empat tembakan terkena bahagian belakang badan mangsa menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini hari ini.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga rakan mangsa dan memburu 2 lagi, masing-masing berusia 30 dan 36 tahun, bagi membantu siasatan, katanya.
FMT 

No comments:

Post a Comment