Monday, August 21, 2017

RCI Memali: Rakyat tahu kerajaan Najib ‘gabra’ dengan Dr M, kata peguam

 | August 20, 2017
Beliau mempertikaikan niat di sebalik kesediaan kerajaan menubuhkan satu lagi RCI selepas satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian dagangan mata wang 1990-an.
hanif-najib-memali
PETALING JAYA: Rakyat sebenarnya tahu kesediaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kedua untuk menyiasat satu lagi peristiwa semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak tentu arah dengan faktor Dr Mahathir pada pilihan raya umum nanti, kata seorang peguam.

Haniff Khatri, peguam kepada bekas perdana menteri itu, berkata demikian selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini berkata kerajaan sedia pertimbangkan penubuhan RCI untuk mengkaji tragedi Memali jika ada permintaan daripada individu, pertubuhan atau parti politik.

“Walau beribu RCI ditubuhkan tentang apa isu sekalipun terhadap Dr Mahathir, pada hakikatnya, rakyat yang prihatin sedar dan tahu ia sebenarnya menzahirkan ‘gabra’ kerajaan Najib Razak dengan faktor Dr Mahathir dan Pakatan Harapan menjelang PRU14,” kata Haniff dalam kenyataan hari ini.

Beliau mempertikaikan niat di sebalik kesediaan kerajaan menubuhkan satu lagi RCI selepas satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan untuk menyiasat kerugian akibat dagangan mata wang asing pada 1990-an. RCI ke atas kerugian itu akan bersidang esok.

No comments:

Post a Comment