Tuesday, August 8, 2017

Tak malu dituduh rasuah punca ‘bangsa bangsat’, kata Dr M

 | August 8, 2017
Bekas perdana menteri menyatakan kekesalan dengan sikap tidak ambil kisah walaupun negara dituduh 'kleptokrasi'.
mahathir 
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan pemimpin kerajaan tidak malu dengan persepsi antarabangsa mengenai pentadbiran negara.

“Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum sahaja,” kata bekas perdana menteri dan pengerusi Pakatan Harapan itu dalam penulisan blognya hari ini.
“Kerana perbuatan mereka, negara dihina, dinyatakan sebagai antara sepuluh buah negara yang tertinggi tahap rasuahnya – pun tak mengapa.”

Beliau berkata panggilan “kleptokrasi”, atau negara yang dipimpin oleh pencuri, juga tidak mengundang respon kuat daripada kerajaan.
Istilah itu digunakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dalam permohonannya merampas aset dan hartanah mewah yang didakwa dibeli menggunakan wang dilarikan daripada 1MDB

No comments:

Post a Comment