(Ubah saiz teks)
BAGAIKAN mimpi, tapi itulah yang akan menjadi
kenyataan apabila gandingan Afdlin Shauki dan Datuk AC Mizal bakal
muncul dengan stesen televisyen sendiri iaitu Syiok TV.
Bakal bersiaran pada penghujung tahun ini, Syiok TV mempunyai tiga
saluran dengan konsep berbeza iaitu komedi, pelbagai dan inspirasi.
Selaku pengasas, dua sahabat baik ini begitu optimis stesen televisyen
ini akan dapat membantu golongan artis dalam industri seni hiburan
tempatan.
"Kita tahu, ramai artis yang mempunyai idea bernas. Apabila ia
disampaikan ke stesen TV yang akhirnya diangkat hingga berjaya, hak
harta intelek (IP) yang bukan lagi milik artis.
"Karya mereka dibayar secara terus dan artis tidak boleh guna lagi.
Kami tidak seperti penyanyi yang mendapat royalti apabila lagu
diputarkan," katanya pada sidang media khas semalam di Restoran Comedy
Planet, miliknya.
Menurut Afdlin lagi, kerana sayangkan karya itu, Afdlin bersama AC menubuhkan stesen TV ini.
"Niat kami untuk membantu artis dan IP mereka. IP inilah yang akan mereka gunakan selepas ini hingga bila-bila.
“Itu hak mereka. Bukan mudah nak cari idea, jadi jangan ambil hak mereka,” katanya.
Ditanya adakah Syiok TV ditubuhkan atas rasa kecewa lebih-lebih lagi berkisar pada IP, Afdlin bagaimanapun menolak perkara itu.
“Ini bukan soal kecewa, tetapi langkah ini adalah lebih kepada tidak mahu mengambil hak yang bukan kita punya.
“Saya sudah lama dalam industri, dah tahu cara kerja industri. Jadi
kalau orang tak mahu berubah, saya yang ubah. Saya harap usaha kami ini
dengan memberikan IP kepada artis itu semula akan diikuti oleh RTM,”
jelasnya.
Afdlin berkata, Syiok TV di bawah syarikat Syiok Media Network akan tampil dengan saluran pertamanya pada penghujung tahun ini.
“Kami sasar untuk terbitan pertama pada hujung tahun ini dan
selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Walaupun perancangan kami akan ada
lebih tiga saluran, tetapi untuk permulaan, kami mahukan satu saluran
ini dipertontonkan terlebih dahulu.
“Buat masa ini, kami tidak boleh nak cakap lebih lagi kerana akan ada
pelancaran saluran tersebut tidak berapa lama lagi,” jelasnya.
Ditanya, mengenai siaran Syiok TV, Afdlin berkata, perkara itu masih dalam peringkat akhir.
“Lesen kami adalah berbayar dan untuk tonton percuma. Maknanya, Syiok
TV nanti boleh ditonton di Astro mahupun seperti biasa,” katanya.
Dalam pada itu, Syiok TV turut membuka peluang untuk memberikan dana kepada mana-mana karya yang dirasakan terbaik.
“Kalau sebelum ini, ramai penggiat seni yang terpaksa mencari dana
sendiri untuk menghasilkan karya mereka. Tetapi, Syiok TV akan memberi
dana jika karya mereka benar-benar menarik.
“Ini kelebihannya. Kami orang seni, faham bukan senang nak dapatkan
dana. Ada kalanya hanya nak dapatkan dana, karya yang bagus terpaksa
diperam bertahun-tahun lamanya.
“Ini peluang yang kita buka dan harapnya akan ada anak-anak muda tampil
kepada kami dengan idea segar untuk dipertontonkan,” katanya.
ReplyDeleteSalut , tabah untuk meningalkn orang tercinta di kampung terutama keluarga kecilku demi ingin merubah nasib dan mencari pengalaman walau kadang hati tak smpai demi masa depan . Sedikit berbagi cerita kpd teman2 Tki yg berada di perantauan . Karna Sy sudah 5 tahun tinggal di hongkong jd PRT gaji tdak seberapa Tetapi sy tidak putus asa . namanya juga rejeki itu tidak bakalan kmn pasti ada jlan keluarnya . Halal tidaknya hanya tuhan yg menentukan. Kebetulan buka internet dapt nmor hendpone Mbah Suro +6282354640471 ternyata beliau guru spiritual Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal dan Pesugihan Anka ghaib/Togel 3D/4D/5D/6D, tetapi waktu itu sy memilih jalan Pesugihan Dana Ghaib Tampa Tumbal . Karna tdk ada epek sampingnya . Alhamdulilah benar2 terbukti nyata hasilnya . Terima kasih ya allah atas semua rejekimu ini akhirnya sy bs pulang ke indo berkumpul keluarga kecilku lg .